Wednesday, September 17, 2008

Definisi Gender

DEFINISI GENDER

Gender adalah perbezaan di antara wanita dan lelaki dalam isi rumah yang sama dan di dalam antara budaya yang mana secara sosilnya dan budayanya di bentuk melallui perubahan masa. Perbezaan ini akan memberi impak kepada peranan, tanggungjawab, jankauan dan kesampaian terhadap sumber, kekayaan peluang, keperluan, persepsi dan lain-lain yang di pegang oleh wanita dan lelaki. Jadi, gender bukannya sesuatu yang sinonim dengan wanita tetapi merupakan pertimbangan bagi kedua-dua jantina lelaki dan wanita serta saling berhubung kait di antara kebergantungannya.

Menurut Engenderhealth 2004, konsep gender masih belum di fahami dengan mendalam dan belum ada definisi yang khusus yang masih diperdebatkan termasuklah oleh agensi United Nation (UN) seperti dalam Fourth World Confernce On Womwn di Beijing. Gender sering dikelirukan dengan jantina, walau bagaimanapun jantina umumnya dirujuk kepada biologi dan automistruktur tubuh. Tiga cirri biasa yang menggambarkan jantina seseorang iaitu organ luaran jantina, organ dalaman jantina dan pembangunan wanita sekunder pada peringkat akil baligh. Gender pula merujuk kepada peranan dan jangkaan yang sering dikenal pasti sebagai factor yang menganggu hak kesamaan dan status wanita dengan kesan yang bertentangan yang mengesankan hidup, keluarga, status social ekonomi dan kesihatan. Untuk sebab ini, gender seperti mana jantina adalah elemen penting dalam perancangan keluarga dan pembiakan perkhidmatan kesihatan.

Menurut Comonwealth Of Leraning, pula mengatakan jantina dirujuk sebagai perbezaan biological di antara lelaki dan perempuan. Gender adalah istilah pelbagai perbezaan yang digunakan untuk merujuk kepada cirri-ciri binaan secar social yang mentakrifkan dan mengaitkan kepada car hidup dan tingkah laku lelaki dan perempuan dalam konteks yang lebih khusus. Gender juga dirujuk kepada lakaran symbol budaya, konsep nomatif, struktur institusi dan imej-imej dalaman yang mana menerusi proses pembinaan social mentakrifkan peranan sifat kelakian dan kwanitaan serta meluahkan peranan tersebut melalui kuasa dalam perhubungan. Kepeluan membezakan di antara jantina dan gender adalah untuk menekankan bahawa setiap sesuatu yang dilakukan oleh lelaki dan wanita, setiap sesuatu yang dijangkakan oleh mereka. Dengan jangkaan oleh fungsi perbezaan kejantinaan mereka yang booleh berubah dan telah berubah melalui masa dan berdasarkan perubahan dan perbezan social dan factor budaya.

Menurut Gender Management System, gender adalah satu set ciri atau criteria, peranan dan corak tingkah laku yang membezakan wanita daripada lelaki yang bukan .dbina secara biologinya tetapi secara social dan budaya. Jantina individu boleh ditentukan secara biologi sebaliknya cirri-ciri gender terbina secara secara social yang merupakan satu keluaran asuhan, keterbiasaan, norma social budaya dan jangkaan. Cirri-ciri tersebut berubah melalui masa dan dari satu budaya ke satu budaya. Gender juga dirujuk kepada lakaran symbol budaya, konsep normative ( subjektif), struktur institusi dan iej diri dalaman yang melalui proses pembinaan social, takrifan peranan kelakiaan dan kewanitaan dan meluahkan peranan tersebut dalam kuasa perhubungan.

KONSEP KEUSAHAWANAN

Definisi memainkan peranan penting kerana banyak terma berkaitan dengan keusahawanan seperti usahawan, perniagaan dan perniagaan kecil seringkali diguna pakai. Banyak perdebatan berlaku apabila bercakap tentang definisi keusahawanan. Masalah yang berlaku adalah tiada satu definisi yang standard dan universal tentang keusahawanan. Pelbagai definisi telah dimasukkan terhadap usahawan yang boleh ditakrifkan sebagai pengasas, iaitu pemilik firma tersebut dan boleh dibezakan dengan bukan usahawan melalui pemilikan atau ciri-ciri gelagat yang dipamerkan. Maka, tidak mustahil terdapat pelbagai definisi mengenai usahawan dan keusahawanan di dalam ulasan karya.

Perkataan usahawan dalam Bahasa Inggeris “entrepreneur” berasal daripada Bahasa Perancis “entreprendre” yang bermaksud memikul tugas atau mencuba. Dari awal penggunaan perkataan tersebut oleh Richard Cantillon iaitu kira-kira dalam tahun 1775, sudah jelas dalam kegiatan perniagaan. Usahawan adalah individu yang mengusahakan sesuatu perusahaan. Umumnya usahawan bolehlah ditakrifkan sebagai orang yang mengusahakan perniagaan sehingga berjaya dengan bermotifkan keuntungan di samping mengamalkan amalan-amalan yang strategiKuntuk berjaya.

WANITA DAN PEMBANGUNAN

Pada akhir tahun 1990-an peluang pekerjaan baru terutamanya di kilang-kilang yang berasaskan pasaran antarabangsa. Perpindahan barangan pengeluaran dari Negara membangun ke negara maju iaitu sektor perindustrian. Pengeluaran barangan sektor ini yang mendapat permintaan daripada pengguna di negara maju. Wanita dalam pekerjaan terutamanya dari dalam sector perindustrian mula berkembang dengan wujudnya kilang-kilang yang telah dibina oleh pemodal dari luar Negara ke Negara dunia ketiga. Pemilikan kilang dari pemodal asing terbahagi kepada dua, pertama ialah kapitalis dan yang kedua pula pemilikan bersama di antara kapitalis dengan pemodal di Negara dunia ketiga. Bagi rekabentuk perniagaan, proses pengeluaran iaitu jumlah pekerja dan rekabentuk barangan dikeluarkan ditentukan oleh pengguna di Negara maju.

Di Malaysia khususnya telah wujud beberapa dasar iaitu Dasar Wanita Negara (DWN) dan Pelan Tindakan Kemajuan Wanita. Dalam Rancangan Malaysia ke-7 dan ke-8 telah menggalakkan penyertaan wanita dalam pekerjaan. Akta Pekerjaan 1955 telah dipinda pada tahun 1998 bagi menyediakan waktu kerja anjal iaitu kaedah yang dibayar kepada pekerja buruh separuh masa mengikut kadar yang sama seperti sepenuh masa. Selain itu, membenarkan wanita terutamanya suri rumah mendapat faedah daripada pekerjaan secara separuh masa. Dan terakhir memberi kelonggaran kepada mereka untuk memenuhi tanggungjawab terhadap keluarga.

Dalam pembangunan, kemahiran dan keusahawanan, program latihan dalam bidang perniagaan, pengurusan organisasi dan kewangan, pusat tenaga pengajar dan kemahiran lanjutan sebahagiannya adalah kaum wanita. Bagi Tabung Usahawan Wanita pada tahun 1998 Institusi Pengurusan Wanita (WIM) telah menawarkan kursus latihan dan kemahiran terutamanya dalam bidang kemahiran keusahawanan. Institusi kemajuan wanita, persekutuan persatuan usahawanita dan pertumbuhan bumiputera merupakan penggiat kepada pembangunan wanita.

Oleh itu, pelbagai langkah perlu dibuat untuk meningkatkan penyertaan mereka terutamanya dalam pasaran buruh. Antaranya ialah dengan menggalakkan sector swasta dalam memperkenalkan kemudahan sokongan yang diperlukan seperti pusat penjagaan kanak-kanak, kemudahan pengangkutan dan perumahan untuk pekerja wanita. Selain itu, pindaan terhadap Akta Pekerjaan 1955 juga merupakan motivasi untuk kaum wanita masuk dalam pasaran buruh. Di samping itu juga peluang pendidikan dan latihan perlu diperbanyakkan untuk meningkatkan mobility dalam pekerjaan yang berpendapatan tinggi serta meningkatkan penyertaan wanita dalam bidang pengajian bukan tradisional (sains, kejuruteraan, vokasional dan teknik) melalui program kaunseling kerjaya.

LATAR BELAKANG PERSATUAN USAHAWAN WANITA MALAYSIA

Persatuan Usahawan Wanita Bumiputera (USAHANITA) telah ditubuhkan pada tahun 1981 dan dianggotai oleh Usahawan Wanita Bumiputera yang aktif dalam pelbagai bidang perniagaan. Setakat ini 3,000 orang ahli berdaftar di seluruh negeri di Semenanjung Malaysia di dalam bidang Kontraktor, Pembuatan, Pengimport, Franchise, Informasi Teknologi, Perkhidmatan, Perunding, Pemborong, Jualan Langsung, Pembekal serta Produk Makanan dan Kraft dari Negeri Johor, Pahang, Kedah, Perak, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka serta 40 Daerah di bawah cawangan negeri masing-masing...
USAHANITA telah menganjurkan seminar perniagaan, sesi perbincangan serta misi perniagaan di dalam dan di luar negara. Disamping mengejar peluang-peluang perniagaan, USAHANITA turut menganjurkan pelbagai acara kebajikan dan sosial. Diperingkat antarabangsa, Usahanita juga berinteraksi dengan Persatuan IWAPI dari Indonesia, FICCI dari India. Lawatan sambil berniaga ke Negeri China, INdonesia, Thailand, Vietnam, Brunei, Saudi Arabia dan banyak lagi.
Di bawah payung Federal of Women Enterprenuer Association Malaysia (F.E.M) yang ditubuhkan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan, Usahanita juga bergabung dengan persatuan-persatuan usahawan malaysia yang lain seperti Peniagawati, NAWEM, DUID, WAWASANITA dan DPMM. Melalui F.E.M kementerian mengawasi kemajuan ahli-ahli di dalam persatuannya disamping menyalurkan matlamat dan peluang-peluang yang ada. Usahanita juga diberi kepercayaan oleh Pihak KPDN & HEP, Kementerian Usahawan & Koperasi, Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Matrade, SMIDEC, MARA, Institusi-institusi dan lain-lain untuk bersama-sama menjayakan dan meningkatkan eknomi negara

PERBANDINGAN PERKEMBANGAN BIDANG KEUSAHAWANAN ANTARA BUDAYA POLITIK BARAT DENGAN DI MALAYSIA

Pertama, golongan yang memperjuangkan isu dan hak wanita atau disebut sebagai feminis tidak semestinya terdir daripada wanita itu sahaja. Feminis ialah mereka yang mahukan keadilan diberikan kepada wanita dengan cara yang sewajarnya. Feminis terdiri daripada wanita mahupun lelaki. Malah tidak ramai wanita itu feminis meskipun mereka mempunyai kedudukan dan status sosial yang tinggi dalam masyarakat.

Kedua, fahaman feminisme tidak boleh semata-mata dikaitkan dengan pengaruh barat. Hal ini kerana perihal keadilan dan pembelaan ke atas wanita dan kanak-kanak sudah lama diperjuangkan dalam falsafah feminisme Islam oleh Nabi Muhammad s.a.w. Oleh itu, selain mempunyai beberapa ciri terpuji, Nabi Muhammad s.a.w juga adalah seorang feminis Islam pada zamannya yang mana pada ketika itu falsafah berkenaan dianggap asing bagi masyarakat Arab jahiliah. Kedua-dua persoalan pokok di atas penting untuk dibincangkan bagi menelusuri isu wanita di Malaysia.Namun begitu, dalam keadaan yang terbatas ini, penulisan ini memfokus kepada persoalan pokok kedua yang berkaitan feminisme barat dan feminisme

Pengaruh feminisme barat dapat dikesan antara lainnya dengan merujuk kepada perbincangan dan pemikiran tokoh wanita di Amerika Syarikat pada penghujung tahun 1840-an seperti Elizabeth Cady Stanton, Susan B Anthony, Lucy Stone dan Sojourner Truth. Feminisme Islam wujud semenjak zaman Nabi Muhammad s.a.w lagi iaitu pada abad ketujuh Masihi. Namun begitu menurut pendapat sesetengah pengkaji seperti Fatimah Mernissi, cicit Nabi Muhammad s.a.w yakni Sukaynah binti Hussain, bolehlah dianggap sebagai feminis wanita terawal yang lantang memperjuangkan hak wanita. Sukaynah terkenal kerana ketegasannya dalam pelbagai isu khususnya isu yang berkaitan tudung dan poligami.

Seterusnya golongan feminis Islam berpandangan ketidakadilan dan ketidaksetaraan hak yang diberi kepada lelaki dan wanita yang menyebabkan kemunduran dan keterciciran mereka berpunca daripada salah faham dan salah tafsir terhadap ajaran itu yang dipengaruhi faham patriarki. Bagi mereka, revolusi sosial yang dilakukan Nabi Muhammad s.a.w sebagai feminis Islam terunggul tidak dihayati secara menyeluruh. Malah amalan jahiliah pra-Islam khususnya penindasan terhadap wanita terus berlaku selepas kewafatan baginda. Paling menyedihkan penindasan dan ketidakadilan itu pada pandangan mereka terus berlaku hingga ke hari ini.

Oleh itu, golongan feminis Islam menuntut kajian yang lebih mendalam dilakukan bagi membongkar apa yang mereka sebut sebagai ketidakadilan sosial itu. Antara beberapa tokoh feminis Islam yang terkenal pada ketika ini termasuklah Amina Eadud Muhsin, Fatima Mernissi, Asghar Ali Engineer, Riffat Hassan dan ramai lagi. Fatimah Mernissi misalnya, dalam buku The Veil and Male Elite: A Feminist Interpretation of Women's Right in Islam (1991), banyak mengkritik hadis misogimi (membenci wanita) termasuk yang terdapat dalam kategori hadis lemah.
Sebaliknya feminisme pengaruh barat mengandaikan segala bentuk keciciran, kelemahan dan kemunduran wanita yang ada pada hari ini bukan disebabkan faktor biologinya. Bagi mereka, semuanya itu berpunca daripada faktor sosialisasi yang bentuk dan coraknya ditentukan golongan lelaki. Kesannya, wanita tidak diberikan pendidikan sebagaimana yang diberikan kepada lelaki. Justeru, tiada peluang pendidikan yang sama menyebabkan wanita tercicir dalam pelbagai bidang. Ertinya, pada mereka sekiranya peluang pendidikan diberi secara sama rata, wanita akan berkebolehan mencapai kejayaan sebagaimana yang dicapai lelaki. Hujah ini seolah-olah dibuktikan benar sepertimana yang dapat kita saksikan pada hari ini.

Jika ditinjau, ada beberapa faktor yang mendorong wanita khususnya di Barat memperjuangkan hak kelompok mereka. Faktor itu jugalah yang antara lain mendorong wanita di beberapa negara membangun giat memperjuangkan hak mereka, termasuk Malaysia. Bagi mereka, sesuai dengan perkembangan antarabangsa mengenai hak asasi manusia, maka terdapat pelbagai 'covenant' dan undang-undang yang perlu dilaksanakan bagi mencegah daripada berlakunya diskriminasi, bukan saja dari segi kaum, status, mahupun agama, bahkan dari segi gender juga. Selain daripada “Declaration of Human Right”, terdapat beberapa 'covenant' lain seperti Covenant on Economic, Social and Cultural Right, Covenant on Civic and Political Rights dan Covenant on the Elimination of All Forms of Discrimination Against Women, juga dijadikan faktor pendorong utama kepada asas undang-undang memperjuangkan hak yang sama.

Seterusnya, mereka berpandangan gerakan feminisme wajar dilakukan sesuai dengan perkembangan idea demokrasi itu sendiri. Dalam falsafah demokrasi, sesuatu dasar itu dianggap sah jika ia melambangkan citarasa dan kehendak rakyatnya. Bagi golongan ini, dasar yang diadun dan diformulasi oleh majoriti kaum lelaki tidak melambangkan citarasa dan kehendak kaum wanita. Oleh itu, menurut mereka dasar yang ada adalah tidak sah lantas tidak demokrasi. Untuk memastikan wujudnya demokrasi dan sah, wanita harus diberikan hak yang sama dalam proses membuat keputusan. Selain persoalan ini, perihal kepentingan wanita yang berbeza daripada golongan lelaki juga menjadi faktor mengapa wanita menuntut persamaan hak. Wanita dikatakan lebih sensitif dan mengetahui kepentingan serta kehendak mereka berbanding lelaki.

Justeru, untuk memastikan kepentingan wanita terjaga dan terbela, wanita mesti diberi hak yang sama.Ramai wanita menganggap pandangan tradisional mengenai politik adalah tidak komprehensif. Banyak aspek penting seperti penjagaan kanak-kanak, masalah sosial, amalan perancangan dan kesihatan keluarga serta seumpamanya tidak mendapat perhatian atau fokus penting dalam pembuatan keputusan negara. Sebaliknya, bagi wanita perkara itu adalah fundamental. Ertinya, dengan menambahkan perwakilan wanita ke dalam badan pembuat keputusan, ia akan mengubah persepsi politik tradisional, di samping menjadikannya fokus dan agenda utama pembangunan.

Daripada perbincangan di atas, dapat disimpulkan bahawa banyak lagi perkara yang harus dibahaskan apabila membincangkan mengenai isu wanita. Pandangan yang stereotaip terhadap feminisme, khususnya feminisme Islam harus dihakis bagi membolehkan semua pihak hidup dalam suasana yang lebih adil dan saksama. Islam sebagai agama yang murni tidak menjadikan penganutnya pasif dan tunduk membuta tuli terhadap norma dan kehidupan yang merugikan. Islam juga tentunya tidak mahu menjadikan penganutnya agresif tanpa haluan sehingga membolehkan keadaan keterlaluan dalam menyampaikan sesuatu isu. Lelaki dan wanita adalah ibarat kasut kanan dan kasut kiri. Kedua-duanya mesti sama dari semua segi tetapi masing-masing tidak serupa.

Di Malaysia, kita dapati gerakan feminisme banyak diperjuangkan oleh aktivis tertentu khususnya melaluI pertubuhan bukan kerajaan (NGO) feminisme atau wanita. Umumnya, NGO wanita Islam mempunyai pendekatan yang berbeza dengan NGO wanita yang lain. Namun, hampir kebanyakan daripada NGO menyuarakan pandangannya melalui gabungan Majlis Kebangsaan Pertubuhan-pertubuhan Wanita (NCWO). Misalnya baru-baru ini beberapa NGO feminisme meluahkan pandangan mereka terhadap isu yang ada kaitan dengan wanita bekerja.
Usahawan wanita di Malaysia disaran agar meningkatkan diri secara optimum dalam bidang keusahawanan. Selaras dengan itu , kerajaan telah menyediakan peruntukan wang untuk kaum wanita menapak dalam bidang keusahawanan dan bukannya untuk kegunaan lain sebaliknya wang itu hendaklah digunakan untuk membiayai sebarang usaha perniagaan yang boleh dimanfaatkan demi kejayaan masa hadapan. Malah setiap usaha hendaklah dibuat secara teratur agar sasaran perniagaan berjaya sepenuhnya.
Menurut pandangan Pengerusi Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd. (Bank Rakyat) Dr. Norraesah Mohamad membuat teguran itu semasa menerima lawatan sambil belajar sembilan ahli jawatankuasa Persatuan Wanita Bumiputera Dalam Perniagaan dan Profesion (Peniagawati) cawangan Selangor yang diketuai Pengerusinya Sarah Ali Bashah ke Bank Rakyat baru-baru ini. Beliau menegur kaum wanita supaya lebih berdaya saing dalam menceburi bidang ini,
Dr. Norraesah berpendapat secara keseluruhannya wanita bukan sahaja bersemangat tinggi dalam menyertai bidang perniagaan bahkan tidak kurang juga mempunyai keupayaan untuk melaksanakan kegiatan perniagaan yang lebih mencabar sesuai dengan era globalisasi dan kepesatan pembangunan negara hari ini.
Beliau mahu usahawan wanita mengikis sikap suka berpesta-pestaan dan memfokus kepada usaha mencari lebih banyak kemahiran seperti teknologi maklumat dan membiasakan diri dengan pengendalian laman web bagi membina jaringan perniagaan setempat mahupun luar negara. Serta mempraktikkan teknologi dan ilmu yang baru untuk menjadi usahawan berjaya.Sekiranya mereka tidak memfokus kepada matlamat asal untuk mencari peluang-peluang perniagaan wanita akan terlupa niat asal berniaga, kerana terlalu tertumpu kepada membuat pelancaran itu dan ini. Kaum wanita juga perlu mempunyai inisiatif dalam mengusahakan perniagaan secara kecil-kecilan dahulu dan wang yang ada tidak dibazirkan begitu sahaja sebaliknya disimpan untuk memperbesarkan lagi perniagaan mereka di samping bantuan yang disalurkan kepada wanita.
Wanita di seluruh Malaysia terutamanyaa wanita bumiputera amnya dan wanita khususnya sudah ketinggalan jauh dalam bidang keusahawanan. Justeru itu, semua pihak perlu sama-sama berganding bahu dalam usaha melakukan sesuatu yang bernas dalam mewujudkan persaingan yang sihat dan seterusnya mampu bersaing secara global dan terbuka di negara kita. Usahawan wanita juga telah jauh ketinggalan di belakang dalam pasaran ekuiti khasnya. Pakar-pakar ekonomi negara sedang mengambil langkah-langkah strategik dan drastik untuk mempertingkatkan prestasi mereka di bidang ini.
Beliau memuji langkah Peniagawati Selangor untuk melawat Bank Rakyat dan menjalin persefahaman bagi kepentingan ahlinya pada masa hadapan. Antara bidang yang sudah diceburi usahawan wanita Selangor kini ialah wet cleaning, membekal komponen lampu isyarat untuk ambulans, kereta bomba dan sebagainya, membekal tiang lampu komposit diperbuat daripada fiberglass, menjual dan membekal alat-alat sukan, membuka firma guaman dan lain-lain bidang baru dan tidak lagi berkisar pada bidang kecantikan dan kosmetik.
Dr. Norraesah juga menyarankan agar usahawan wanita mempunyai hala tuju yang nyata dengan jenis perniagaan yang sudah dikenal pasti sebagai teras. Usahawan wanita hendaklah sedaya upaya menuju kepada sasaran dan mencapai tahap kemampuan dan kejayaan yang optimum daripada usaha yang dilaksanakan.Kumpulan usahawan wanita biarlah dapat dibanggakan dengan mempunyai ahli teras yang kuat bekerja dan bermutu dan mampu membentuk satu entiti yang berjaya berteraskan bidang keusahawanan dalam membangunkan kaum wanita khususnya.

Thursday, September 4, 2008

pembangunan luar bandar (mjt2053)

1.0 PENGENALAN

Pembangunan luar bandar adalah bertujuan untuk membawa masyarakat luar bandar yang masih ketinggalan di kampung-kampung ke dalam arus pembangunan perdana dan bagi meningkatkan lagi kualiti hidup mereka. Matlamatnya untuk memastikan perancangan pembangunan luar bandar masih lagi relevan dan sejajar dengan matlamat Wawasan 2020. Pembangunan luar bandar adalah memberi tumpuan kepada pembangunan infrastuktur dan ekonomi. Perancangannya akan memberi penekanan ke atas pembangunan sumber manusia dan juga pembangunan ekonomi serta menaikkan lagi taraf kemudahan-kemudahan infrastruktur. Perancangan terbaru dalam pembangunan luar bandar adalah menekankan keutamaan ‘empowerment’ masyarakat luar bandar, iaitu membolehkannya bersifat dinamik dan mampan, berupaya menghadapi cabaran-cabaran masa hadapan dan mencapai status ekonomi yang setaraf dengan peringkat nasional.

Selain itu, antara inisiatif pembangunan luar bandar adalah untuk membangunkan individu yang cemerlang dan penekanan kepada pengubahan minda (sikap) penduduk luar bandar supaya mempunyai kepercayaan diri dan semangat ingin berdikari, seterusnya untuk mengukuhkan unit keluarga sebagai institusi yang sejahtera. Untuk membangunkan masyarakat luar bandar yang beridentiti dan berdaya tahan dengan tujuan mewujudkan satu komuniti yang berupaya menjalankan pelbagai kegiatan ekonomi dan juga untuk menyediakan infrastruktur yang berkualiti yang dapat menampung pembangunan ekonomi masa kini di kawasan luar bandar.

Bagi menyediakan sistem penyampaian yang berkesan dan berfaedah kepada golongan sasaran serta untuk membangunkan ekonomi luar bandar yang mampan melalui pengurusan pertanian komersial dan pelbagaian asas ekonomi dan untuk mewujudkan rangka kerja institusi yang responsif kepada perubahan dan membantu penyertaan masyarakat setempat yang aktif dalam program-program dan projek-projek luar bandar. Manakala visi pembangunan luar bandar yang dihasilkan adalah daripada analisis ke atas senario desa sedia ada, kemajuan pembangunan ekonomi, tren perbandaran, cabaran-cabaran Wawasan 2020 dan falsafah dan strategi pembangunan luar bandar.

1.1 DEFINISI PEMBANGUNAN

Sukar untuk mendefinisikan secara tepat istilah pembangunan disebabkan begitu banyak aspek dan masalah yang terangkum ke dalam apa yang disebut pembangunan. Secara mudahnya pembangunan ialah proses perubahan daripada peringkat kurang maju kepada peringkat yang lebih maju yang menjurus ke arah kesejahteraan, kebahagiaan, kemakmuran dan kebebasan sama ada dalam aspek pemikiran manusia ataupun aspek fizikal atau persekitaran.

Menurut Laporan Suruhanjaya Selatan (1990), pembangunan boleh didefinisikan sebagai satu proses yang mana membolehkan kehidupan manusia merealisasikan potensi, membina keyakinan serta membawa kehidupan ke arah kemuliaan dan penuh bermakna yang membebaskan manusia dari rasa takut untuk meminta dan dieksploitasi. Ia merupakan pergerakan yang menjauhkan dari penindasan politik, ekonomi dan juga sosial (Pengantar Teori Pembangunan Dunia Ketiga, 2005: 2).

Todaro (1977), berpendapat pembangunan juga melibatkan proses menyusun dan mengorientasi semula sistem ekonomi dan sosial. Ini bermakna bahawa pembangunan bukan sahaja melibatkan pertambahan pendapatan dan pengeluaran, tetapi juga mengambil kira perubahan institusi sosial, struktur pentadbiran, pendapat umum, adat resam dan kepercayaan. Manakala Seers (1979), mentafsirkan pembangunan juga boleh ditunjukkan dengan terhapusnya kemiskinan, kurangnya jumlah pengangguran serta rapatnya jurang ketaksamaan. Dalam pengertian yang sederhana dapat disimpulkan bahawa pembangunan merupakan usaha yang dilakukan oleh sesuatu masyarakat untuk meningkatkan taraf hidup mereka. (Pengantar Teori Pembangunan Dunia Ketiga, 2005: 2).

Konsep pembangunan meliputi empat komponen penting yang saling melengkapi dan perlu dicapai iaitu kecekapan untuk memastikan pencapaian pertumbuhan ekonomi yang pesat, pembahagian kekayaan yang adil yang meliputi pembasmi kemiskinan dan pengurangan jurang perbezaan pendapatan, mapan untuk menjamin pembangunan kini tidak mengancam generasi akan datang dan keupayaan rakyat terutama golongan mudah terancam seperti golongan miskin. (Jurnal Teknologi, 42(E) Jun, 2005: 33)

1.2 DEFINISI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR

Kehidupan luar bandar selalunya disamaertikan dengan aspek kehidupan tidak maju, taraf pendidikan yang rendah, penglibatan masyarakat dalam arus pembangunan utama yang terhad, potensi maju yang meragukan dan berbagai-bagai lagi sifat kemunduran.

Maimunah (1990) mendefinisikan pembangunan luar bandar sebagai satu proses meningkatkan taraf hidup masyarakat luar bandar melalui pembaikan dalam seluruh aspek pembangunan manusia. Ini termasuklah keperluan asas yang mencukupi seperti makanan, pakaian, perumahan dan kesihatan, serta keperluan psikososial yang lain seperti pendidikan, pekerjaan, kerohanian dan keselamatan (seperti dipetik dalam Rozalli Hashim buku Pengurusan pembangunan, 2005, hlm 258).

Pembangunan luar bandar merupakan konsep yang telah lama wujud namun tidak menjadi matlamat utama kebanyakan negara membangun sebelum dua atau tiga dasawarsa yang lalu (Gillis et al.,Todaro, 1982; Maimunah dan Bahaman, 1992) (seperti dipetik dalam Rozalli Hashim buku Pengurusan pembangunan, 2005, hlm 259).

Program pembangunan luar bandar akan memberi tumpuan kepada mengubah kawasan luar bandar menjadi lebih baik untuk pelaburan serta tempat kediaman yang menarik dengan menikmati semua kemudahan asas infrastruktur dan perkhidmatan sosial yang berkualiti. Dengan hubungan ini, kemudahan infrastruktur sedia ada termasuk telekomunikasi akan diperbaikkan dan dipertingkatkan. Penyediaan kemudahan infrastruktur dan sosial akan diperluaskan lagi bagi kawasan pedalaman dan ladang-ladang kecil. Penduduk luar bandar akan ditempatkan sesama untuk mewujudkan bandar kecil bagi memudahkan penyediaan kemudahan tersebut.

Tumpuan utama aktiviti pembangunan bandar adalah untuk menyediakan perumahan yang lebih baik, menggalakkan pembangunan pelancongan luar bandar serta meningkatkan latihan dan peluang menambah pendapatan kepada belia luar bandar termasuk peserta rancangan pembangunan tanah. Kerajaan akan menggalakkan pembangunan industri berskala kecil yang khusus di kawasan luar bandar. Pembangunan industri berskala kecil seperti kraftangan dan berasaskan sumber akan ditempatkan di kawasan yang mempunyai sumber berkaitan.

Pembanguan luar bandar secara ringkasnya adalah pembangunan dari aspek pertanian, kesihatan, pendidikan dan komunikasi. Pembangunan luar bandar penting untuk mengurangkan jurang ketidaksamaan pendapatan antara masyarakat di luar bandar dan masyarakat bandar.

Pihak Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah telah mewujudkan agensi-agensi yang bertanggungjawab dalam merealisasikan program untuk pembangunan masyarakat luar bandar. Antara agensi yang terlibat ialah FELDA, FELCRA, KESEDAR, KETENGAH, KEJORA, KEDA dan sebagainya. Pihak kementerian juga menyediakan peruntukan dan perbelanjaan untuk melaksanakan program tersebut. Contohnya peruntukan yang disediakan dalam RMK-9 seperti di bawah :

PERBELANJAAN DAN PERUNTUKAN PEMBANGUNAN PROJEK PEMBANGUNAN LUAR BANDAR, 2001-2010

(RM billion)
Program/projek
RMKe-8
perbelanjaan
RMKe-9
peruntukkan
Projek ekonomi
5.9
10.1
Pendidikan dan latihan
10.4
10.2
kesihatan
0.9
2.0
Jalan Raya
2.3
3.6
Bekalan Air
0.7
1.2
Perumahan
0.2
0.3
Jumlah
21.0
28.4

Sumber ; Unit Perancang Ekonomi RMK-9

2.0 PENDEKATAN TEORI DALAM PEMBANGUNAN LUAR BANDAR

2.1 TEORI MODENISASI

Menurut Boeke, 1953 masyarakat dibahagikan kepada dua iaitu masyarakat tradisional dan masyarakat moden. Masyarakat tradisional merujuk kepada luar bandar, mundur dan tidak membangun. Manakala mayarakat moden adalah masyarakat bandar, membangun dan industri. Kedua-dua golongan masyarakat ini mempunyai ciri-ciri yang tertentu. Pembangunan berlaku akibat jelmaan ciri-ciri suatu golongan kepada golongan yang lebih maju. Pendekatan ini mengandaikan bahawa keterbelakangan ekonomi, sistem pengeluaran, ragam tingkah laku adalah halangan kepada perkembangan ekonomi dan menimbulkan sikap konservatif terhadap perubahan, pemodenan dan pertumbuhan ekonomi (Rahimah Aziz 1989: 197).

Modenisasi yang berlaku di dalam masyarakat luar bandar terjadi apabila penduduk luar bandar mula bersikap liberal dan tidak lagi ketat dan bebas bergerak. Contohnya dari luar bandar ke bandar, melibatkan diri dalam perdagangan dan mempunyai pekerja tetap. Modenisasi turut berlaku dalam diri individu masing-masing apabila seseorang individu boleh berfikir secara bebas, melalui pendidikan, celik huruf, terdedah kepada media massa dan boleh membuat pilihan sendiri. Melalui teori ini, masyarakat luar bandar perlu berubah dari tahap sedia ada ke tahap yang mampu merubah kehidupan mereka ke arah yang lebih membangun (Pengantar Pembangunan Dunia Ketiga, 2005 : 38,45).

Walaubagaimanapun terdapat kelemahan yang dikenalpasti dalam teori ini iaitu pembahagian masyarakat kepada masyarakat moden dan tradisional telah menyebabkan ekonomi negara kurang membangun terbahagi kepada dua sektor yang bertentangan dan bebas antara antara satu sama lain (Higgins, 1956;Miere, 1964) . Hal ini menyebabkan berlakunya pengaliran tenaga kerja yang menganggur dari sektor pertanian ke sektor industri. Pengaliran tenaga kerja ini akan menyebabkan tenaga kerja berkurangan di sektor desa dan ini akan menyebabkan teknologi moden digunakan dengan lebih cekap (Rahimah Aziz, 1989 : 198).

2.2 TEORI MARXIST

Toeri Marxist pula menganggap bahawa proses pembangunan dunia ketiga perlu dikaji berpandukan keadaan yang berlaku di Barat. Di barat golongan yang lebih berkuasa ini akan memunggah keluar sumber-sumber utama seperti sumber modal dan guna tenaga untuk kepentingan mereka sendiri (Frank, 1969 ; Leys, 1975). Hal ini menyebabkan golongan yang lemah seperti penduduk desa akan tertindas. Teori ini juga menekankan perlunya usaha untuk mengurangkan ketaksamaan dan ketidakseimbangan ekonomi yang telah wujud akibat kawalan oleh golongan yang lebih berkuasa (Long,1977:3). Pendekatan teori marxist juga menyatakan bahawa dari segi ekonomi, politik dan budaya sektor desa bergantung kepada golongan metropolis yang lebih berkuasa. Hal ini menyebabkan golongan minoriti yang umumnya petani akan terpisah dengan golongan majoriti yang memonopoli kuasa serta sumber ekonomi (Rahimah Aziz, 1989 :198,199).

2.3 PENDEKATAN FORMALISTIK

Pendekatan ini menggunakan strategi pertukaran. Tokoh-tokoh pendekatan ini menganggap bahawa masyarakat luar bandar sanggup menerima peluang-peluang baru, berusaha, berani menghadapi risiko dan tidak homogen dalam konteks entiti sosiobudaya dalam usaha membangunkan masyarkat desa (Epstein,1962:Ortiz, 1973:Salisbury,1970). Pendekatan ini menegaskan bahawa tumpuan harus diberikan kepada faktor ekonomi dan sosial bukannya faktor ekonomi semata-mata.

Dalam masyarakat tradisional, tingkah laku ditentukan secara sosial bukannya ekonomi. Contohnya menurut Dalton (1961) mendapati bahawa peserta dalam pasaran primitif tidaklah mengejar kebendaan semata dalam kaedah pertukaran itu, tetapi mereka lebih mementingkan hal-hal yang berkaitan dengan peranan dan status. Hal ini membuktikan bahawa tindakan ekonomi tidak boleh dilihat terpisah daripada konteks sosial. Selain itu, golongan ini juga mengusulkan supaya penghasilan dan penggunaan ditingkatkan untuk membangunkan sektor luar bandar (Rahimah Aziz, 1989:200,201).

2.4 PENDEKATAN SUBSTANTIF

Pendekatan ini berasaskan kepada teori proses sejarah yang menekankan kepada perbezaan yang berlaku secara beransur-ansur dalam masyarakat dan institusi yang semakin kompleks. Pendekatan ini menyatakan bahawa pada asasnya masyarakat luar bandar adalah konservatif, homogen, tidak berani menghadapi risiko dan mudah putus asa. Menurut Eisenstadt (1970;1973) berpendapat bahawa masyarakat luar bandar telah berubah daripada bersikap homogen, kepada keadaan yang berbeza dalam politik, ekonomi dan sosial (Rahimah Aziz, 1989: 201,202).

Perubahan secara beransur-ansur ini menyebabkan pembangunan dapat dicapai sama ada dari sektor ekonomi, pilitik mahupun sosial. Secara ringkasnya teori ini menegaskan bahawa perubahan yang berlaku mestilah secara beransur-ansur bukannya berlaku secara radikal ataupun mendadak. Pendokong pendekatan ini juga berpendapat bahawa pembangunan masyarakat luar bandar seharusnya digalakkan. Hal ini adalah kerana melalui pembangunan masalah-masalah seperti kemunduran, kebuluran dan kepinggiran dapat diatasi. Melalui penyelesaian masalah ini, pembangunan masyarakat luar bandar dapat dicapai.

Melalui pendekatan ini juga, Dalton (1961: 5) menyatakan bahawa dalam pengertian substantif, ekonomi merujuk kepada penyediaan barangan kebendaan bagi memenuhi kehendak biologi dan sosial. Selain itu pendekatan ini juga percaya bahawa masa hadapan masyarakat akan terjamin dengan memajukan lagi institusi-institusi untuk mengurangkan kedaifan ekonomi (Rahimah Aziz, 1989:202). Di Malaysia contohnya, institusi-institusi pembangunan luar bandar adalah seperti RISDA, FELDA, FAMA dan lain-lain. Mutu perkhidmatan agensi-agensi ini perlulah dipertingkatkan lagi agar masyarakat luar bandar dapat dibangunkan supaya jurang ketaksamaan antara masyarakat luar bandar dengan masyarakat bandar berkurangan.

3.0 PENDIDIKAN

Masalah utama di sekolah-sekolah luar bandar disebabkan wujudnya kelemahan dan ketidakefisyenan. Kaedah pembelajaran dan pengajaran yang kurang berkesan serta kekurangan motivasi tenaga pengajar untuk pembangunan sistem pendidikan yang menjurus kepada masalah keciciran pelajar. Keduanya, kelemahan pengurusan dan kurang dorongan. Kelemahan pengurusan dari segi memberi arahan, pengorganisasian serta melaksanakan program-program. Kaedah lama yang tidak berfungsi. Maklumbalas sedikit menyebabkan kurang pembaharuan dijalankan. Faktor kewangan yang terhad. (dipetik dan diubahsuaikan daripada buku Teori dan konsep pentadbiran pembangunan, 2004, hlm 5-8,9).

Faktor penghalang pendidikan rendah di desa, tidak dapat memenuhi kehendak masyarakat itu sendiri. Lebih 70 peratus kanak-kanak belajar di sekolah desa. Lebih 80 peratus kanak-kanak tersebut memanfaatkan hidup sebagai petani atau buruh tidak mahir. Kanak-kanak diajar kemahiran asas dan bahasa asing yang utama sahaja dari segi hafalan dan pemahaman. Ini meyebabkan kurang penekanan teknik berfikir dan penyelesaian masalah di kalangan kanak-kanak di luar bandar. Tambahan pula,masalah kewangan dalam keluarga mengakibatkan pelajar di luar bandar akan bekerja awal dan kurang memberi penekanan untuk melanjutkan lagi pelajarannya (dipetik dan diubahsuaikan daripada buku Teori dan konsep pentadbiran pembangunan, 2004, hlm 5-10,11).

Senario pendidikan sekarang menujukkan perbezaan ketara antara sekolah di luar bandar dan bandar, terutamanya dari segi fasilitinya. Didapati masih ada 300 sekolah di luar bandar tidak mempunyai kemudahan air bersih (dipetik daripada http://apps.emoe.gov.my/bppdp/Index%20Lonjakan%20Perdana.htm). Selain itu, pelajar di luar bandar menghadapi masalah seperti kadar ketersampaian yang rendah. Ini disebabkan jarak yang jauh di antara penempatan rumah kediaman dengan sekolah-sekolah begitu besar. Bagi pelajar yang menghadapi masalah tersebut terpaksa membangun dengan lebih awal untuk membuat persiapan serta untuk merebut untuk menunggu bas-bas untuk pergi ke sekolah untuk mendapat ilmu pengetahuan.
Masalah-masalah di atas merupakan punca perbezaan yang besar di kalangan pelajar yang mendapat pendidikan di bandar dan luar bandar. Untuk mengatasi masalah-masalah tersebut, kerajaan telah melancarkan beberapa program untuk memajukan pendidikan di luar bandar selaras dengan pembangunan negara.
Y.A.B. Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia telah melancarkan Program Lonjakan Perdana Pendidikan Luar Bandar di Sekolah Pusat SK Bum Bum, Semporna, Sabah pada 15 Februari 2007. Dalam ucapannya, Y.A.B. Perdana Menteri menegaskan bahawa murid luar bandar perlu diberi pembelaan dan keadilan supaya dapat menikmati kemudahan pendidikan yang setaraf dengan murid di bandar. Usaha ini amat perlu dalam memberi peluang kepada mereka membuktikan keupayaan masing-masing dan mampu bersaing dengan murid di bandar. Anak-anak merupakan harta yang amat bernilai dan seharusnya dijaga dengan baik. Atas sebab itu, beliau telah mengumumkan peruntukan tambahan sebanyak RM2.6 bilion bagi pembangunan pendidikan luar bandar menjadikan keseluruhan peruntukan berjumlah RM12.3 bilion. Sempena Majlis tersebut, satu pameran telah diadakan berkaitan projek berimpak tinggi dengan tumpuan khusus kepada program sokongan dan bantuan murid, program tambahan murid, guru, infrastruktur dan ICT serta Program Pembangunan Pendidikan Luar Bandar Sabah dan Sarawak (dipetik dan diubahsuai daripada http://apps.emoe.gov.my/bppdp/Index%20Lonjakan%20Perdana.htm).
Melalui Program Lonjakan Perdana Pendidikan Luar Bandar ini, kerajaan telah memberi perhatian khusus kepada usaha merapatkan jurang antara bandar dan luar bandar supaya semua sekolah dan pelajar mempunyai peluang dan keupayaan untuk cemerlang. Melalui kerjasama Badan Bertindak Pelaksanaan Negara (BBPN) dan agensi pelaksanaan berpusatnya, Direktorat Pelaksanaan Negara (DPN), Kementerian Pelajaran akan melaksanakan projek-projek yang dikenalpasti sebagai berimpak tinggi dalam tempoh tiga tahun pertama Rancangan Malaysia Kesembilan untuk mengurangkan jurang pendidikan ini. Projek-projek ini dijangkakan mempunyai impak besar meliputi seperti pelajar Tahap 1 yang dapat membaca, menulis dan mengira meningkat, pelajar yang perlu pemulihan berkurangan daripada 7.7 peratus kepada kurang daripada 5 peratus, keperluan Skim Baucar Tuisyen berkurangan daripada 100 peratus kepada 80 peratus, jurang pencapaian pelajar berkurangan sebanyak 20 peratus daripada jurang bagi setiap mata pelajaran terpilih, pelajar sekolah menengah luar bandar yang dapat mengambil Matapelajaran Vokasional (MPV) meningkat daripada 5 peratus kepada 8 peratus, kadar keciciran luar bandar berkurangan daripada 1.2 peratus kepada kurang 1.0 peratus pada peringkat sekolah rendah dan daripada 16.7 peratus kepada kurang 10.0 peratus pada peringkat sekolah menengah, taraf kesihatan murid luar bandar bertambah baik dan ketidakhadiran murid berkurangan, serta guru berkualiti dan berpengalaman lebih bersedia berkhidmat di pedalaman (http://apps.emoe.gov.my/bppdp/Index%20Lonjakan%20Perdana.htm).
Kerajaan akan menyediakan 2,436 kelas untuk 60,000 kanak-kanak pra-sekolah termasuk 41 unit untuk kanak-kanak Orang Asli selain penambahan 17,500 komputer untuk pelajar bagi mencapai kadar satu komputer untuk lima murid. Sebanyak 9,079 bilik darjah untuk sekolah rendah dan 6,039 bilik darjah untuk sekolah menengah akan dibina manakala 2,046 sekolah rendah dan 569 sekolah menengah akan dinaik taraf. Kerajaan juga akan membina 281 asrama baru selain menaik taraf 170 asrama sedia ada bagi kemudahan pelajar di kawasan luar bandar, kata Perdana Menteri. Sebagai menghargai pengorbanan guru yang sanggup berkhidmat di luar bandar dan pedalaman, Kerajaan akan memberi elaun khas dengan kadar yang bergantung kepada tempat dan jarak guru itu mengajar. Bagi guru-guru Sabah dan Sarawak yang mengajar di Semenanjung dan guru-guru dari Semenanjung yang mengajar di kedua-dua negeri itu, mereka juga diberi elaun balik kampung setahun sekali (http://apps.emoe.gov.my/bppdp/Index%20Lonjakan%20Perdana.htm).

Bajet 2008 juga memainkan peranan penting dalam menjana pendidikan di luar bandar. Dalam Bajet 2008, strategi kedua menekankan terhadap memperkasa pembangunan modal insan. Usaha-usaha seperti memperkasa sekolah rendah dan menengah, pendidikan percuma untuk semua, memartabatkan profesion keguruan, memantapkan pengajian tinggi, kenaikan kadar biasiswa, pembelajaran sepanjang hayat dan sebagainya dilaksanakan.

Sejumlah 30 bilion ringgit disediakan bagi Kementerian Pelajaran. Peruntukan ini turut merangkumi pelaksanaan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan, termasuk Program Sekolah Cemerlang, memartabat profesion keguruan dan merapatkan jurang pendidikan di antara bandar dan luar bandar. Untuk meningkatkan lagi kualiti dan prestasi sekolah, 60 buah sekolah kluster akan diwujudkan dalam tahun 2008. Peruntukan berjumlah 500 ribu ringgit akan diberi bagi setiap sekolah kluster untuk tujuan aktiviti ko-kurikulum, latihan dan pembelian peralatan pembelajaran. Selain itu, kerajaan komited melaksanakan langkah progresif untuk meningkatkan akses dan mengurangkan kos pendidikan. Yuran peperiksaan PMR, SPM dan STPM dan Sijil Tinggi Agama Malaysia akan dimansuhkan. Yuran tahunan sekolah rendah dan menengah turut dimansuhkan. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia memperuntukkan 45 juta ringgit bagi melaksanakan projek SchoolNet untuk menyediakan perkhidmatan internet di sekolah-sekolah dalam pembangunan luar bandar (Bajet 2008).

Untuk mengiktiraf peranan penting guru dan memartabatkan profesion keguruan, kerajaan akan melaksanakan langkah-langkah seperti meningkatkan elaun guru pendidikan khas daripada 100 ringgit kepada 250 ringgit sebulan, menaikkan kadar elaun guru ganti berkelulusan ijazah daripada 85 ringgit kepada 150 ringgit sehari, serta menyediakan elaun sebanyak 60 ringgit sejam bagi lepasan ijazah dan 50 ringgit sejam bagi lepasan diploma kepada guru yang mengajar bahasa Cina dan Tamil di sekolah kebangsaan. Selain itu, kerajaan akan meningkatkan elaun sara hidup pelajar di semua peringkat pengajian tinggi tempatan, termasuk kursus persediaan dan kursus bahasa. Peningkatan elaun tersebut adalah di antara 23 peratus sehingga 84 peratus. Kadar baru ini berkuatkuasa mulai semester pertama sesi 2007. Lebih 90,000 pelajar akan mendapat manfaat daripada kenaikan ini. Dengan pelaksanaan bajet 2008, pelajar di luar bandar turut menikmati manfaat-manfaat dan lebih berdaya saing dalam pelajaran mereka (dipetik dan diubahsuai daripada Bajet 2008).

Program-program tersebut memang dapat mendatangkan bantuan pembangunan pendidikan luar bandar. Malahan masalah kadar ketersampaian pelajar ke sekolah harus diurus dengan lebih cekap. Misalnya Sekolah Berasrama Penuh boleh disediakan tanpa mengira kepandaian pelajar bahkan diterbuka untuk semua pelajar agar mereka dapat belajar dengan lebih baik dan berpotensi untuk maju dalam bidang pendidikan.

Pelajar di luar bandar harus didedahkan lebih banyak pengetahuan teknologi supaya dapat berdaya saing untuk menghadapi cabaran globalisasi dan bersedia melangkah maju bersama pembangunan negara. Selain itu, pameran informasi pendidikan juga harus kerap disediakan di luar bandar agar menyedari pelajar di luar bandar kepentingan pendidikan dan memberi pandangan dan harapan mereka untuk menuju kejayaan.

Dari segi pelajaran pendidikan, Program Anak Permata Negara yang bertujuan memberi pendedahan awal kepada pendidikan serta pembinaan sahsiah, kesuburan akal dan fikiran serta naluri kanak-kanak dan mahu program itu dijelaskan kepada ibu bapa supaya matlamat pendidikan itu dapat dicapai. Sokongan ibu bapa menggalakkan anak-anak luar bandar menerusi dan memperoleh pelajaran yang tinggi menjamin masa depan anak luar bandar lebih cemerlang. Pembentukan disilpin, etika dan modal insan boleh direalisasikan melalui pendidikan akhlak (dipetik dan diubahsuai daripada http://www.kempen.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=885&Itemid=109&lang=english).

Selain itu, pendidikan kesihatan penting diadakan di luar bandar terutamanya di kalangan perempuan dan kanak-kanak. Masalah kurang darah atau anaemia kerap berlaku di kalangan wanita, kanak-kanak dan juga orang dewasa khususnya meraka yang tinggal di luar bandar. Mengikut kajian yang dilakukan, kadar kejadian kurang darah (anaemia) di kalangan wanita hamil di kawasan luar bandar ialah dalam lingkungan 60 peratus. Mungkin kadar ini meningkat lagi ke kalangan wanita yang tinggal dikawasan pedalaman yang sosioekonominya rendah. Masalah kurang darah boleh menimbulkan masalah pada wanita yang sedang hamil dan melahirkan anak. Ini mungkin satu faktor punca kematian ibu. Banyak perkara yang menjadi punca masalah kurang darah di kalangan wanita. Antaranya pemakanan yang tidak seimbang menyebabkan kekurangan kandungan zat vitamin dan zat logam khususnya besi. Masalah ini juga berlaku kerana kehamilan dan kelahiran yang terlalu kerap dan tidak disusun dengan betul. Begitu juga dengan penyakit seperti cacing kerawit (hookworm) atau malaria yang masih berlaku di kalangan penduduk pedalaman (dipetik dan diubahsuai daripada http://www.hamidarshat.com/content/view/134/138/).
Pendidikan kesihatan perlu diadakan dalam masyarakat luar bandar. Ini membantu menambah ilmu pengetahuan warga luar bandar. Program untuk menimbulkan kesedaran kepada penduduk luar bandar khususnya kaum wanita betapa pentingnya pemakanan bagi proses penzuriatan perlulah diperluaskan dan diperhebatkan. Tabiat memilih dan cara memasak makanan perlu diubahsuaikan supaya zat pemakanan dan segala vitaminnya dapat dikekal dan distabilkan. Setiap wanita perlu mendapat sumber pemakanan yang berzat khususnya zat protein, zat vitamin dan logam yang mencukupi. Wanita juga perlu mengurangkan zat karbohidrat. Wanita dan keluarga juga perlu diberi tunjuk ajar mengenai konsep penyusuan dan menjarakkan kehamilan untuk kesejahteraan dan kesihatan ibu dan bayi (dipetik dan diubahsuai daripada http://www.hamidarshat.com/content/view/134/138/).
Pendidikan merupakan peranan yang penting dalam membangunkan pembangunan masyarakat luar bandar. Hal ini kerana ia merupakan salah satu cara dalam membantu masyarakat luar bandar yang mempunyai ilmu dan kemahiran untuk membangunkan keluarga mereka dalam semua bidang.

4.0 PELANCONGAN

Selain dari sektor pendidikan, industri asas tani dan infrastruktur sektor pelancongan juga penting dalam pembangunan masyarakat luar bandar. Jika dahulu masyarakat luar bandar banyak yang terpinggir, namun kini masyarakat luar bandar semakin maju untuk meningkat taraf hidup mereka. Pihak kerajaan juga turut memainkan peranan dalam memajukan kawasan pelancongan di luar bandar. Dalam misi nasional untuk mencapai status negara maju 2020 juga menitikberatkan pembangunan dalam sektor pelancongan. Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyatakan bahawa pihak kerajaan akan menjadikan Malaysia sebagai pusat pelancongan kesihatan serantau bagi rawatan perubatan tradisional dan moden dengan mewujudkan jenama perkhidmatan kesihatan Malaysia yang dikenali sebagai "Health Malaysia". Hal ini menunjukkan negara kita amat mementingkan sektor pelancongan dalam usaha untuk meningkatkan pendapatan negara. Dalam merealisasikan hasrat ini pelbagai program dilaksanakan seperti program pembangunan bandar pelancongan di luar bandar, program homestay dan Pelan Induk Pelancongan luar bandar. (http://www.pmo.gov.my/webnotes )

Dalam usaha untuk memajukan pelancongan di kawasan luar bandar, Program Pembangunan Bandar pelancongan di luar bandar telah dilaksanakan. Contohnya Negara Kanada yang telah memajukan kawasan pelancongan luar bandar seperti Morland, Westmoreland, Warnego, Lucas, Wilson, Holyrood, Alma, Mound City, Spearville dan Meade. Bandar pelancongan di luar bandar menjadi tumpuan pelancong bercuti untuk melakukan aktiviti pengembaraan, membeli cenderamata tempatan, menghayati keindahan alam sekeliling, menikmati makanan dan memahami budaya tempatan. Kawasan tanah tinggi seperti gunung dan bukit juga merupakan satu lagi tarikan untuk mewujudkan bandar pelancongan di luar bandar. Pelancongan gunung dinyatakan signifikan untuk menyumbang dalam pembangunan bandar pelancongan di luar bandar melalui pelbagai program seperti pengembaraan, sukan lasak, kesenian dan kebudayaan tempatan (http://akhbar/tourisme/2000/umoo/19.htm).

Program pembangunan bandar pelancongan di luar bandar hendaklah melibatkan pelbagai faktor termasuk sistem komunikasi, institusi kebudayaan dan pendidikan serta sokongan padu di peringkat kerajaan tempatan, nasional dan antarabangsa. Selain itu, faktor pengetahuan dan pengalaman penduduk tempatan sebagai sumber maklumat tentang kepercayaan, budaya dan kesenian juga amat penting. Misalnya, penduduk di jajahan Hindu Kush-Himalayan menjadi sumber atau 'bank-pengetahuan' pelancong tentang adat resam dan kesenian penduduk tempatan yang beragama Hindu di kawasan pergunungan Himalaya. (http://akhbar/tourisme/2000/umoo/19.htm)

Kualiti merupakan perkara utama dalam pembangunan pelancongan di luar bandar. Kualiti penting dalam pelbagai aspek seperti mutu hasil pertanian, landskap, perparitan, bangunan, sistem pembuangan sampah, jalan raya dan sistem pengurusan. Aspek keselamatan juga penting, terutama yang berkaitan kebakaran, kerosakan tumbuh-tumbuhan dan pencemaran. Keselamatan nyawa manusia merupakan keutamaan yang paling tinggi. (http://akhbar/tourisme/2000/umoo/19.htm)

Pembangunan pelancongan luar bandar mustahak kerana dapat mengekalkan ciri-ciri asli semula jadi bagi diwarisi oleh generasi akan datang. Selain itu ia juga dapat meluaskan lagi aktiviti sosial antara luar bandar dan Bandar. Ia turut dapat mewujudkan kesepakatan antara penduduk luar bandar dan kerajaan. Hal ini penting untuk melaksanakan sebarang aktiviti dengan lebih berkesan. Kesan positif yang lain adalah pembangunan manusia akan meningkat dan peningkatan kepada peluang pekerjaan.

Terdapat banyak peluang pekerjaan yang boleh diceburi oleh penduduk luar bandar seperti pemandu pelancong, tukang sapu, membuat kraftangan dan sebagainya. Faedah daripada pembangunan pelancongan di luar bandar juga membuka peluang untuk penduduk luar bandar bersaing dengan penduduk bandar serta dapat mengecapi kemajuan negara. Suasana 'penghidupan baru' di bandar-bandar pelancongan di luar bandar juga memberikan peluang kepada penduduk tempatan memperoleh pendidikan, perkhidmatan kesihatan dan telekomunikasi. (http://akhbar/tourisme/2000/umoo/19.htm)

Di Malaysia, bandar pelancongan di luar bandar boleh juga memainkan peranan penting dalam pembangunan sosio-ekonomi negara. Keindahan semulajadi yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T juga telah membolehkan Malaysia menjadi tarikan pelancong domestik dan luar negara. Keindahan ini meliputi keunikan flora dan fauna terutama sekali di kawasan-kawasan luar bandar. Dalam setiap negeri di Malaysia terdapat banyak kawasan-kawasan pelancongan luar bandar yang sentiasa menjadi tarikan pelancong.

Wawasan ke arah menjadikan Malaysia negara maju pada tahun 2020 boleh memanfaatkan konsep bandar pelancongan di luar bandar. Bandar pelancongan di luar bandar tidak memerlukan infrastruktur bandarnya pesat seperti Kuala Lumpur dan Johor Bahru. Bandar pelancongan luar bandar boleh diwujudkan dengan memanfaatkan sumber semula jadi yang ditadbir secara berkesan. Kriteria-kriteria ini dikira dalam pembangunan bandar pelancongan di luar bandar. Beberapa kawasan pelancongan di Langkawi boleh dijadikan model bagi membangun bandar pelancongan di luar bandar di negara ini.

Berdasarkan kriteria yang dinyatakan di atas, antara kawasan luar bandar yang mempunyai potensi dijadikan bandar pelancongan ialah persekitaran Batang Benar, Nilai, Labu dan Tiroi, Negeri Sembilan. Kawasan-kawasan persekitaran luar bandar khususnya di Nilai didapati mempunyai sumber semula jadi seperti Hutan Rizab Galla, kawasan lading, kawasan penanaman pelbagai tanaman pokok baka Bukit Galla (613 kaki) Bukit Nibong (477 kaki) Bukit Menuang kampung-kampung tradisi yang jarak perjalanannya hanya 15 minit dari KLIA, Lebuh Raya Utara Selatan dan berdekatan Putrajaya. (http://akhbar/tourisme/2000/umoo/19.htm)

Di samping itu, melalui Pelan Induk Pelancongan Luar Bandar juga telah dapat membangunkan lagi pembangunan pelancongan di kawasan luar bandar. Contohnya Kerajaan Negeri Sabah telah menggariskan pelaksanaan pelan induk ini bagi tempoh 1995 hingga 2010. Pihak kerajaan negeri telah memperuntukan satu mekanisme baru bagi menggalakkan pembangunan sektor pelancongan di kawasan luar bandar. Hal ini bertujuan untuk memastikan penduduk-penduduk di luar bandar turut menikmati faedah secara langsung dalam industri pelancongan negeri. Usaha memperkasakan aktiviti pelancongan di negeri ini turut mendapat perhatian daripada Kerajaan Pusat.
Dalam Bajet 2008 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri baru-baru ini, sejumlah RM200 juta disediakan di bawah Tabung Infrastruktur Pelancongan, khusus untuk mempergiatkan lagi aktiviti pelancongan di Sabah dan Sarawak. Antara perkara paling menarik yang diberi penekanan di bawah tabung ini ialah keutamaan akan diberi kepada projek pelancongan yang memanfaatkan kekayaan alam semulajadi dalam negeri tersebut.
(http://www.sabah.gov.my/press/docc/2007oogo.htm)

Dalam membangunkan pelancongan luar bandar juga, Malaysia kini memperkenalkan Program Homestay. Program Homestay Malaysia dilancarkan pada tahun 1995 di Desa Murni, Kerdau, Temerloh, Pahang oleh Menteri Kebudayaan Kesenian dan Pelancongan Malaysia. Ia adalah satu program di bawah Pelan Induk Pelancongan Luar Bandar. Matlamat program ini adalah untuk menggalakkan penyertaan masyarakat luar bandar dalam sektor pelancongan. Homestay adalah satu bentuk kemudahan tempat tinggal di mana pelancong akan dapat tinggal bersama keluarga tuan rumah yang dipilih dan berpeluang untuk berinteraksi serta mengalami cara hidup seharian keluarga berkenaan dan kebudayaan Malaysia. Sehingga Jun 2004 terdapat seramai 948 peserta telah terlibat dalam program ini yang melibatkan 65 buah kampung di seluruh negara. (http://www.motour.gov.my)

Peningkatan minat terhadap program ini membolehkan masyarakat luar bandar untuk menjana sumber pendapatan mereka. Berdasarkan statistik sehingga tahun lepas (2005), para pengusaha sektor pelancongan di negara ini telah berjaya menyediakan sebanyak 3,000 rumah sewa di 200 perkampungan tradisional di seluruh negara yang telah menjana pendapatan kira-kira RM30 juta. Bagi kebanyakan pelancong asing, konsep homestay ini menyamai seperti konsep B & B iaitu Bed and Breakfast yang bermaksud penginapan dan sarapan di negara-negara Barat. Di Negara-negara barat konsep ini amat popular disebabkan sewanya yang murah jika dibandingkan dengan kos untuk menginap di hotel. Ciri-ciri tersebut turut menambahkan lagi jumlah kedatangan pelancong asing yang memilih menggunakan produk homestay. (http://www.motour.gov.my)

Bagi meningkatkan keberkesanan program ini, tarikan dan pengisian program homestay juga seharusnya disesuaikan dengan keadaan sesuatu tempat dan sasaran pelancong asing. Para pengusaha homestay perlu mengkaji kehendak pelancong serta menyesuaikannya dengan perkhidmatan yang ditawarkan. Sebagai contohnya, kebanyakan pelancong asing dari negara maju terutama Jepun dan Korea, lebih mengemari keadaan flora dan fauna yang mendamaikan sebaliknya pelancong Jerman mungkin inginkan lebih banyak cabaran alam semula jadi.

Antara contoh kawasan pelancongan luar bandar adalah Gua Kelam yang terletak di Negeri Perlis ini. Gua Kelam sangat terkenal dengan keindahan hablur yang membentuk stalagmit dan stalagtit yang terdapat di dalam gua ini yang menjadi tarikan utama pelancong ke tempat ini.

Gambar 1: kawasan pelancongan Gua Kelam Perlis

Gambar 2: Kawasan pelancongan Pulau Gaya Sabah

Sumber : (http:www.motour.gov.my)

5.0 AKTIVITI TANI

Aktiviti tani juga merupakan salah satu daripada kegiatan ekonomi yang dijalankan oleh penduduk di kawasan luar bandar. Pembangunan aktiviti tani ini merangkumi kegiatan pertanian dan perikanan. Bidang pertanian merupakan bidang yang amat penting dalam meningkatkan ekonomi negara. Malaysia ingin mempertingkatkan sektor pertanian di luar bandar kerana di kawasan desa terdapat banyak sumber aset semulajadi yang tidak terokai oleh sesiapa . Dalam RMK-9 bidang pertanian amat ditekankan. Masyarakat luar bandar kini sudah mempelbagaikan pertanian bagi mempertingkatkan pendapatan mereka bagi menampung kehidupan sekeluarga.

Terdapat banyak faktor yang mendorong kepada kemajuan kegiatan ekonomi tersebut. Antara faktor yang mendorong kepada perkembangan kegiatan aktiviti tani di kawasan luar bandar ialah faktor ekonomi. Dari sudut ini, pelbagai cabang yang boleh membawa kepada pembangunan kawasan luar bandar. Hal ini boleh dilihat apabila banyak penyertaan dari pelabur atau pemodal luar yang datang melabur dan menanam modal sekaligus mengembangkan aktiviti tani di kawasan luar bandar. Contohnya anak Syarikat Multi Nasional Cooperation (MNC) iaitu Syarikat DUNLOP yang menghasilkan tayar yang telah memberi anjakan seperti memberi peluang pekerjaan kepada penduduk secara tidak langsung meningkatkan taraf hidup penduduk seterusnya menyumbang kepada peningkatan dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara.

Industri asas tani juga turut menyumbang kepada kemasukan tenaga buruh mahir yang telah dilatih dan diberi latihan oleh anak-anak syarikat tersebut. Seterusnya untuk memudahkan lagi kerja yang dilakukan oleh para petani, pelbagai jentera moden telah dibawa masuk dan diperkenalkan kepada penduduk luar bandar. Selain itu, penduduk luar bandar mula mengetahui cara penggunaan racun serangga. Hal ini telah menyumbang kepada pemodenan kaedah dan gaya hidup yang dahulunya berada pada tahap primitif.

Kerajaan juga memainkan peranan yang penting dalam memajukan dan mengembangkan industri asas tani. Contohnya kerajaan telah memberikan subsidi baja, subsidi racun serangga dan hasil pertanian kepada petani. Hal ini dapat dilihat apabila BERNAS yang dipertanggungjawabkan untuk membeli hasil pertanian padi dengan harga dua kali ganda yang jelas memberi untung kepada petani. Kerajaan juga telah membuat Rancangan Pengairan Kemubu di Kelantan yang membolehkan tanaman padi dihasilkan dua kali setahun. Selain itu, kerajaan telah memberi tanggungjawab kepada Bank Pertanian Malaysia dalam memberi dana dan kemudahan kredit kepada petani untuk meningkatkan aktiviti tani mereka di kawasan luar bandar (Pra-U Geografi Manusia, 2005: 130 ).

Di samping itu juga, penyertaan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) terutamanya oleh masyarakat luar bandar seperti pembuatan kerepek dan kuih yang dijalankan mampu menerima tempahan dan pasaran yang menggalakkan sepanjang tahun membuktikan bahawa banyak kemudahan yang diberikan oleh kerajaan kepada IKS yang dilihat sebagai ”batu loncatan” untuk penduduk menambah pendapatan isi rumah mereka (Jurnal Teknologi, 42(E) Jun 2005: 40). Antara agensi yang terlibat dalam projek-projek sebegini untuk membuat Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) ialah seperti PORIM, MARDI, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM). Contohnya PORIM menjalankan Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) untuk menghasilkan baka getah yang bermutu tinggi iaitu RRIM 2000 yang mengandungi 20 klon bermula klon RRIM 2001 hingga 2020 (Pra-U Geografi Manusia, 2005: 131).

Namun begitu, sesuatu yang dijalankan pasti mempunyai masalah tertentu. Begitu jugalah dengan industri ini yang baru ”setahun jagung usianya”. Contohnya ancaman fizikal yang berlaku seperti serangga perosak, tikus, ulat, makhluk perosak, serangan belalang, bena perang, siput dan sebagainya. Tempoh untuk menjalankan aktiviti perikanan juga adalah mengikut cuaca , jika cuaca diramalkan tidak baik maka para nelayan tidak dapat turun ke laut dan menunggu sehingga cuaca panas dan baik untuk turun ke laut bagi mendapatkan hasil tangkapan. Hal ini menunjukkan bahawa faktor ini menjadi penghalang dalam memajukan kegiatan pertanian di kawasan luar bandar.

Masalah yang amat ketara yang dapat dilihat dalam memajukan masyarakat luar bandar ialah kekurangan tenaga buruh dalam sektor yang berkaitan. Yang paling jelas dapat dilihat adalah dalam sektor pertanian yang ramai diusahakan oleh golongan tua berbanding dari golongan muda. Golongan muda tidak suka mengusahakan aktiviti pertanian disebabkan golongan tersebut berhijrah ke bandar-bandar yang banyak memberi peluang pekerjaan terutamanya dalam sektor peridustrian. Selain itu juga, golongan muda turut menganggap kegiatan pertanian adalah kegiatan yang memenatkan, banyak menggunakan kerahan tenaga dan berada di bawah jemuran mentari serta mendapat pulangan yang sedikit.

Selain itu, kekurangan modal dan teknologi di negara-negara membangun telah membantutkan pembangunan kegiatan pertanian. Oleh sebab itu, pembangunan kegiatan pertanian hanya tertumpu kepada pertanian sara diri iaitu hasil pertanian yang diperolehi oleh petani hanya untuk keperluan keluarga sahaja yang lebih bergantung kepada bantuan daripada kerajaan seratus peratus. Dalam aktiviti perikanan, bot-bot kecil telah digunakan oleh nelayan untuk menangkap ikan di laut. Manakala dalam dimensi teknologi pula, alat penangkapan ikan yang tidak begitu moden digunakan oleh para nelayan di kawasan luar bandar seperti pukat tarik, kelong, pukat tangkul yang menyebabkan hasil tangkapan yang diperolehi oleh nelayan berkurangan.

Pelbagai kesan negatif yang berlaku dalam pembangunan di kawasan luar bandar dalam menjalankan aktiviti tani. Contohnya berlakunya perubahan landskap fizikal iaitu bukit-bukit banyak digondol untuk pembukaan kawasan pertanian yang baru yakni untuk menanam kelapa sawit. Pertanian secara pindah juga menyebabkan tanah menjadi gersang dan tidak subur. Penyemburan racun serangga seperti dan kaedah tebang bakar hutan yang digunakan oleh petani luar bandar juga menyebabkan berlakunya pencemaran udara di kawasan luar bandar. Selain itu juga, tumpahan minyak daripada bot-bot kecil nelayan dalam menjalankan kegiatan perikanan dan penempatan masyarakat luar bandar yang lebih tertumpu di kawasan pantai juga menyebabkan berlakunya pencemaran air. Hal ini boleh menyebabkan masyarakat luar bandar terdorong untuk mendapat pelbagai jenis penyakit seperti taun, cirit-birit, muntah-muntah dan sebagainya.

Penilaian terhadap kepentingan industri asas tani terhadap pembangunan ekonomi dan sosial penduduk luar bandar tidak boleh dilihat dalam jangka masa pendek sebaliknya mestilah dilihat dalam jangka masa panjang. Walaupun sesebuah negara itu sedang menuju ke arah negara perindustrian namun sumbangan aktiviti tani kepada pembangunan ekonomi negara masih diperlukan dan amat penting. Pelbagai kepentingan yang diperolehi dalam memajukan dan mengembangkan aktiviti tani. Antaranya ialah aktiviti tani telah membekalkan keperluan makanan kepada masyarakat luar bandar. Makanan asasi bagi masyarakat Malaysia adalah beras, buah-buahan dan ikan membekalkan zat kepada tubuh manusia. Hal ini mampu menghasilkan tenaga kepada manusia untuk menjalankan aktiviti seharian mereka.

Aktiviti tani juga telah menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk luar bandar dan seterusnya menyumbang kepada pendapatan eksport negara. Misalnya pada tahun 2000 sebanyak 1.838 juta penduduk bekerja dalam sektor pertanian dan menyumbang kepada 27.8 % daripada jumlah guna tenaga dalam negara. Kegiatan pertanian dan perikanan yang dijalankan oleh para petani luar bandar telah membekalkan peluang pekerjaan kepada penduduk yang tidak bekerja terutamanya golongan muda yang tinggal di kawasan luar bandar. Hal ini dapat menampung keperluan hidup mereka seterusnya dapat meningkatkan taraf hidup penduduk. Hal ini secara tidak langsung dapat meningkatkan pendapatan perkapita penduduk dan mengurangkan pengangguran. Selain itu, hasil pertanian dan perikanan yang diperolehi oleh petani dapat dieksport ke luar negara. Contohnya mengesport minyak kelapa sawit dan getah ke luar negara (Pra-U Geografi Manusia, 2005: 132).

Seterusnya, industri asas tani mampu membantu memajukan industri-industri berkaitan. Industri asas tani turut membantu penduduk luar bandar dalam menggalakkan pendapatan menerusi pekembangan industri-industri tertentu seperti industri pengetinan (ikan sardin), industri pemprosesan ikan kering dan keropok, pembuatan bot dan sebagainya. Sektor ini dilihat mampu membantu menjana industri berkaitan contohnya industri pelancongan yang berkonsepkan home stay iaitu program yang tinggal bersama keluarga nelayan yang dipromosikan oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM). Perkembangan pesat kilang-kilang amat bergantung kepada sektor pertanian sebagai pembekal bahan mentah. Namun begitu, sektor industri berorientasikan eksport mula berkembang pesat di kawasan luar bandar khususnya elektrik dan elektronik di Johor.

Perkembangan aktiviti tani khususnya perladangan mampu membantu memajukan kemudahan asas dalam negara seperti sistem pengangkutan, petempatan selesa, sosial, sistem telekomunikasi, rekreasi dan sebagainya bagi memenuhi keperluan penduduk luar bandar. Contohnya rancangan pembangunan wilayah pertanian seperti di JENGKA, KETENGAH, dan KEJORA wujud bandar-bandar baru dengan pelbagai kemudahan. Antara contoh bandar baru yang dibina ialah seperti bandar Jengka, bandar Muadzam Syah di wilayah DARA, bandar Al-Mukhtafi Billah Shah di wilayah KETENGAH dan bandar Tenggara di KEJORA. Kewujudan bandar-bandar ini adalah hasil daripada perkembangan pesat sektor pertanian yang dimajukan oleh FELDA melalui rancangan pembangunan wilayah (Pra-U Geografi Manusia, 2005: 134).

Oleh itu, pada tahun 1970-an, kerajaan telah melaksanakan satu program pembangunan pertanian yang berkesan bagi membasmi kemiskinanan luar bandar. Program tersebut dikenali sebagai program pembangunan wilayah seperti DARA, KESEDAR dan lain-lain. Namun begitu, program ini telah ditamatkan dan tiada lagi rancangan penempatan peneroka yang baru dilaksanakan. Justeru, bagi membangunkan semula sektor pertanian dan mengatasi jurang kemiskinan antara penduduk luar bandar dan bandar maka pihak kerajaan patut melaksanakan kembali program pembangunan wilayah secara khusus ini kepada penduduk berpendapatan rendah. Kawasan yang baru khususnya di Sabah dan Sarawak perlu dibuka dengan konsep yang lebih bersistematik. Para peneroka diambil sebagai buruh dengan bayaran gaji tetap disamping menyediakan prasarana yang lebih selesa. (Pra-U Geografi Manusia, 2005: 138)

Bagi meningkatkan sektor perikanan pula, kerajaan telah menambahkan keupayaan modal kepada nelayan menerusi kemudahan kredit pinjaman, bantuan dan subsidi kepada para nelayan. Nelayan yang dibelenggu kemiskinan diberikan subsidi bot, minyak diesel, pukat dan banyak lagi bagi membantu mengurangkan yang ditanggung oleh mereka. Manakala bagi mereka yang mahu menjalankan kegiatan akuakultur bantuan modal turut diberikan oleh kerajaan. Selain itu, R&D yang berterusan misalnya penyelidikan tentang penetasan dan pembiakan ikan di Terengganu.

Gambar 3: Contoh-contoh aktiviti tani di Malaysia

(Sumber: http://image.search.yahoo.com)
6.0 PEMBANGUNAN MODAL INSAN

Pembangunan modal insan amat penting terhadap pelbagai aspek dalam membangunkan sesebuah Negara. Dalam konteks pembangunan luar bandar, modal insan menjadi aspek penting dalam menjana tranformasi dalam aspek ekonomi, pendidikan, sosial dan sebagainya. Ini dapat dibuktikan modal insan ini amat penting, hal ini kerana Perdana Menteri kita amat menekankan aspek ini serta terdapatnya di dalam Rancangan Malaysia ke-9. Dengan ini ia tertumpu kepada pembangunan modal insan yang holistik yang dilengkapi dengan pengetahuan dan kemahiran serta mempunyai nilai moral dan etika yang utuh. Pembangunan modal insan bukannya hanya tertumpu kepada golongan belia semata-mata tetapi ia merangkumi semua lapisan umur termasuklah yang mempunyai telah mempunyai kerjaya tetap. Seperti golongan doktor, peguam, para petani dan sebagainya. Pembangunan insan ialah perubahan dalam struktur, pemikiran dan perlakuan seseorang yang disebabkan oleh pengaruh biologikal iaitu dalaman dan persekitaran. Pembangunan insan ini melibatkan tiga aspek iaitu fizikal, kognitif dan psikososial. Aspek fizikal melibatkan pertumbuhan dan perubahan dalam tubuh manusia (fisiologi), aspek kognitif pula melibatkan proses mental yang berkaitan dengan kebolehan dalam persepsi, ingatan, berhujah, kreativiti, dan kemahiran bahasa. Manakala aspek psikososial melibatkan pembangunan peribadi, kemahiran berinteraksi sesama manusia, kebolehan mengenal diri, emosi, kemahiran sosial dan perlakuan (Jurnal Teknologi, 42(E) Jun 2005: 35-37).

Pembangunan modal insan kini menjadi matlamat utama dalam pembangunan luar Bandar khususnya dalam Transformasi Kedua Luar Bandar yang memberi fokus kepada peningkatan kualiti hidup luar bandar melalui program dan usaha untuk menjadikan kawasan mereka lebih ditingkatkan dalam pelbagai aspek serta membantu negara dalam membangunkannya. Lantaran itu matlamat Falsafah Baru Pembangunan luar bandar adalah untuk membentuk insan luar bandar yang berkualiti dan menguasai nilai murni, agar mereka dapat menggunakan masa, informasi dan sumber yang ada pada tahap yang paling optimum sehingga dapat meningkatkan tahap pembangunan ekonomi dan kehidupan serta kesejahteraan keluarga dan masyarakat Malaysia yang cemerlang.

Malaysia kini amat menumpukan terhadap pembangunan modal insan terutama golongan belia. Mengikut Craig (1996), pembangunan manusia atau insan ini menjadi tumpuan utama bagi memastikan kejayaan pembangunan masyarakat luar bandar. Pembangunan insan ialah perubahan dalam struktur, pemikiran dan perlakuan seseorang yang disebabkan oleh pengaruh biologikal dan persekitaran. Pembangunan insan ini bagi mengatasi masalah sosial yang amat membimbangkan (Jurnal Teknologi, 42(E) Jun 2005: 35).

Modal insan perlu mempunyai jati diri dan kemampuan menghadapi cabaran semasa. Cabaran kini semakin memerlukan tahap pemikiran yang tinggi bagi mengharungi cabaran ini maka belia perlu bersedia. Bagi meningkatkannya ialah dalam ilmu pengetahuan teknogi maklumat amat penting kini. Perdana menteri kita mahu melahirkan modal insan kelas pertama bagi menerajui negara bagi masa hadapan. Mengikut model ini, lima elemen terpenting dalam melahirkan modal insan kelas pertama ialah pembangunan modal insan secara holistik, pembudayaan sikap progresif, kemantapan ilmu pengetahuan, kemahiran, modal intelektual dan nilai akhlak yang tinggi. Malaysia ingin melahirkan insan yang berkualiti, berpengetahuan, kreatif dan sebagainya yang dilahirkan mengikut acuan atau cara Malaysia sendiri.

Kerajaan akan berusaha meningkatkan kesedaran rakyat mengenai peranan budaya, kesenian dan warisan dalam kehidupan harian, di samping mempromosikan industri budaya dan kesenian negara. Aspek pemantauan dan penilaian adalah di antara langkah yang berkesan bagi memastikan proses membangunkan modal insan terhasil dengan sempurna. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan pihak berkuasa agama negeri dilihat oleh kerajaan boleh memainkan peranan yang lebih proaktif dalam memperkasa dan memperkukuhkan pembangunan modal insan. Pembentukan disiplin, etika dan moral modal insan boleh direalisasikan melalui pendidikan akhlak. Bahkan ilmu dan pengetahuan tidaklah menjadi bermanfaat sekiranya insan yang membawanya
tidak memanifestasikan praktik ilmu dan amalannya. Kemajuan sains dan teknologi tidak akan bermakna seandainya insan yang mengendalikannya “mundur” dan “terkebelakang” ataupun tidak berakhlak. Modal insan juga menentukan pembawaan
nilai kemanusiaan dan nilai tauhid dan manafaat penggunaan sains dan teknologi. Modal insan perlu dicanai dengan kemahiran berkomunikasi berkesan agar mesej tugas yang dipertanggungjawabkan tercapai.
Dalam membangunkan modal insan ini kita perlu mengubah paradigma masyarakat luar bandar yang suka bergantung kepada kerajaan semata-mata apabila inginkan pelbagai perubahan terhadap kawasan mereka serta terhadap pemberian subsidi. Hal ini adalah salah satu cabaran yang besar terhadap kerajaan dalam melaksanakan pelbagai program. Kerajaan telah banyak membuat perancangan dalam menjayakan pembangunan modal insan ini tetapi persoalannya adakah rakyat Malaysia ini mengambil berat dan mengetahui mengenai misi ini.

Terdapatnya halangan dalam menjayakan program ini iaitu ia lahir dari penerimaan individu itu sendiri terhadap perlaksanaan yang disediakan oleh pihak kerajaan. Kini dapat di lihat bahawa masyarakat kini lebih tertumpunya terhadap hiburan semata-mata terutama golongan melayu. Ini terjadinya kerana apabila kita diberi layanan dan kemudahan bertaraf tinggi maka mereka tidak perlu menyusahkan diri dalam mencari keperluan seperti dapat di lihat dalam Lembaga Kemajuan Wilayah iaitu FELDA. FELDA merupakan tempat melahirkan para pemuda ke kancah najis dadah. Mampukah pihak kerajaan dalam mencapai misi Malaysia bebas dadah 2011, sekiranya masyarakat felda masih dengan kehidupannya di zon selesa.

Kerajaan menyarankan perlaksanaan program ini melalui pendidikan di sekolah dan penerimaan tahap kesedaran rakyat dalam pelbagai program yang ingin dilaksanakan. Sikap masyarakat luar bandar perlu diubah dan perlu memberi kesedaran betapa pentingnya dalam menjana pembangunan negara bagi menjamin masa hadapan. Pembangunan modal insan ini juga bagi mengurangkan jurang antara bandar dan luar bandar dalam aspek ekonomi, pembangunan, infrastruktur, jurang digital dan sebagainya.

Bagi merealisasikan matlamat tersebut, negara sentiasa berusaha menyediakan tenaga kerja berwibawa yang berbekalkan ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang, termasuk sains dan teknologi. Modal insan merupakan individu yang berilmu, berkeyakinan, mempunyai nilai murni dan moral yang tinggi, beretika, berbudi pekerti, bersopan-santun, berdisiplin, dinamik, inovatif, kreatif, sihat, bersemangat patriotik, adil, progresif, cekal dan berdaya saing. Inilah modal insan yang memiliki personaliti unggul.

Merekalah yang akan menentukan hala tuju negara pada masa hadapan. Generasi hadapan merupakan aset insani Malaysia yang paling penting dalam usaha kerajaan merealisasikan kewujudan sebuah Negara Bangsa yang maju, cemerlang, gemilang dan terbilang menjelang WAWASAN 2020. Di samping itu, penekanan akan diberikan untuk menyediakan latihan yang perlu kepada penduduk luar bandar dalam bidang kraftangan dan teknologi industri berasaskan pertanian serta penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi untuk perancangan dan sumber maklumat serta untuk menghubungkan pusat pengedaran di bandar dan mengenal pasti pasaran bagi keluaran luar bandar.

Pihak kementerian melaksanakan program di kawasan luar bandar iaitu Kementerian Pembangunan Masyarakat melalui INFRA atau Institut Kemajuan Desa. Program yang dilaksanakan seperti program latihan yang bertujuan menghasilkan anjakan paradigma yang positif di kalangan masyarakat luar bandar. Antara objektif utamanya ialah memberi kefahaman mengenai Falsafah Baru Pembangunan Luar Bandar dan sebagainya. Perlaksanaan ini juga bagi menghasilkan masyarakat luar bandar yang lebih kreatif, proaktif, inovatif serta bijak sendiri dalam membangunkan kawasanmereka dan menjurus kepada pembangunan negara.

Apabila masyarakat sudah mampu mengendalikan kawasan mereka terhadap pelbagai aspek terutama ekonomi secara tidak langsung ia akan meningkatkan pendapatan mereka sekeluarga. Dengan ini mereka akan dapat mencapai apa yang mereka ingini serta masalah kemiskinan akan dapat diatasi.

Mutu modal insan, terutamanya golongan profesional dan berkemahiran, adalah faktor kritikal bagi menarik pelaburan yang berkualiti. Kerajaan berusaha untuk terus meningkatkan penyertaan bumiputera dalam sektor hartanah. Untuk ini, Pelaburan Hartanah Bumiputera Berhad (PHBB) telah memperoleh beberapa hartanah di lokasi strategik untuk dibangunkan sebagai projek komersil bernilai tinggi. Antara projek komersil ialah Penang Sentral yang merupakan projek terminal pengangkutan dan logistik bersepadu di Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER). Di samping itu, satu dana permulaan bernilai 400 juta ringgit telah diwujudkan oleh PHBB bagi meningkatkan pelaburan hartanah Bumiputera di Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI).
Dalam menjayakan misi maka pelbagai pihak perlu memberi peranan terutama ketua kampung dalam mengajak atau menarik minat para penduduk mereka bersama-sama menerima dengan baik pelbagai program yang ingin dilaksanakan. Dalam RMK-9 pembangunan modal insan diberi penekanan bagi meningkatkan daya tahan dan pertumbuhan ekonomi serta memacu ekonomi berasaskan pengetahuan dan membentuk masyarakat dengan sistem nilai yang boleh diteladani

Matlamat ini akan dicapai melalui peningkatan kerjasama antara Kerajaan, sektor swasta dan masyarakat. Contohnya, dalam sektor perikanan para nelayan diberi pengetahuan dan kemahiran tentang penggunaan teknik-teknik penangkapan ikan yang moden. Bagi mengurangkan masalah sosial, pembangunan kerohanian masyarakat adalah penting untuk melahirkan masyarakat yang bersopan santun, beradab dan berbudi bahasa. Pembangunan modal insan akan dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran (KPM), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Kementerian Sumber Manusia (KSM) dan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD) serta Kementerian Belia dan Sukan (KBS). KPM bertanggungjawab untuk menyediakan lebih banyak peluang pendidikan prasekolah, rendah dan menengah serta pendidikan guru yang berkualiti manakala KPT bertanggungjawab untuk meningkatkan peluang pendidikan tertiari yang berkualiti. Program latihan untuk meningkatkan kemahiran tenaga buruh akan dilaksanakan oleh MECD, KSM dan KBS.

Pembangunan luar bandar memerlukan modal insan bagi merealisasikan perlaksanaan yang ingin dilaksanakan oleh pihak kerajaan. Modal insan amat penting ini kerana supaya negara kita tidak mudah tertipu oleh mana-mana pihak yang ingin mengambil kesempatan. Dengan itu juga bagi melahirkan pakar-pakar penyelidikan supaya negara kita dapat menghasilkan teknologi sendiri dan boleh standing dengan negara maju. Modal insan kelas pertama ini juga bagi meningkatkan kawasan luar bandar supaya tidak terdapat jurang antara bandar. Ini bagi dilaksanakan dalam bidang pertanian iaitu merperbanyakkan pertanian yang dikomersialkan menjadi pelbagai produk yang berkualiti serta mampu berada di arena perniagaan antarabangsa.

Dalam pembangunan modal insan ini bagi melahirkan konsep pembangunan kawasan mereka melalui cetusan idea atau ilham mereka sendiri bukannya semata-mata menngharapkan daripada pelbagai pihak untuk membantu mereka dalam semua perkara. Masyarakat perlu memikirkan idea transformasi bagi pembangunan mereka secara bersepadu iaitu mengikut peringkat kerana ia memerlukan perancangan secara terperinci. Selepas merancang maka mereka perlu melaksanakan serta menyelesaikan sehingga ia berjaya seperti diingini. Sekiranya ia berlaku sebaliknya maka mereka perlulah berfikiran secara rasional iaitu mengenal pasti apakah kekurangan atau kesalahan dalam perlaksanaan tersebut. Mereka tidak seharusnya cepat mengalah. Inilah salah satu sifat yang amat ditakuti kerana ia merupakan sumber daya dan mentaliti bagi meningkatkan gaya perlaksanaan serta dalam aspek pembaikan dalam mempengaruhi masyarakat lain.

Dengan itu masyarakat juga perlu mempunyai daya saing yang sihat bagi lebih menghasilkan sesuatu hasil dengan lebih kreatif iaitu kita akan dapat pelbagai hasil yang dihasilkan. Masyarakat perlu lebih meningkatkan mentaliti dalam mengharungi era globalisasi ini. Era ini memerlukan daya mentaliti bagi menguasai sesuatu aspek terutamanya dalam ekonomi.

Pembangunan modal insan amat penting untuk dipertingkatkan di kalangan rakyat malaysia. Hal Ini kerana dalam menerajui masa depan negara memerlukan tahap mentaliti yang tinggi bagi menguruskan pentadbiran negara. Hal ini bukannya hanya tertumpu kepada golongan belasan tahun sahaja tetapi kepada semua peringkat umur. Kini, dalam kebanyakan bidang memerlukan pelbagai pembaharuan dari segi idea untuk mengkomersialkan pelbagai jenis produk iaitu dari kata lain pihak majikan inginkan kelainan berbanding dengan produk lama.

7.0 INFRASTRUKTUR

Infrastuktur pembangunan luar bandar lebih tertumpu kepada peningkatan tahap kemudahan infrastruktur desa dengan cadangan piawaian yang sesuai untuk mengelakkan kos pembangunan yang terlampau tinggi atau mengelak daripada berlakunya pembaziran. Matlamat pembangunan luar bandar yang telah dirancang adalah untuk mengekalkan ciri-ciri dan identiti desa masyarakat setempat. Dengan penggunaan sumber semulajadi atau keistimewaan setempat dalam usaha pembangunannya daripada segi fizikal mahupun ekonomi nescaya pembangunan kawasan luar bandar mampu menjadi satu destinasi yang menarik, sekaligus dapat menarik minat pelancong datang melancong ke negara inii. Pihak yang berkenaan sentiasa bertungkus-lumus dalam memajukan kawasan luar bandar, sistem perhubungan yang cekap untuk pembangunan masyarakat desa mula disediakan.

Usaha-usaha akan terus dipergiatkan untuk meningkat, memperbaiki, melengkap dan menaiktaraf semua prasarana awam, meliputi jalan raya, sistem bekalan air, elektrik dan jaringan telekomunikasi. Sistem jalan raya di kawasan luar bandar telah mengalami banyak perubahan sejak era 1990-an iaitu seiring dengan perkembangan dan kemajuan negara. Pembinaan dan penyelenggaraan jalan-jalan negeri terus diberi perhatian, baik di peringkat Kerajaan Negeri mahupun di peringkat Kerajaan Persekutuan. Contohnya dalam RMK-9, di Negeri Sembilan peruntukan sebanyak RM729 juta akan disalurkan oleh Kerajaan Persekutuan untuk pelbagai projek infrastruktur termasuk kerja-kerja membina Jalan Lingkaran Tengah Seremban, Jalan Seremban-Pasir Panjang melalui Lebuh Raya Port Dickson, naik taraf Jalan Seremban – Senawang dan Jalan Seremban – Kuala Pilah. Daripada RM28.10 juta yang diperuntukkan untuk tahun 2008 di bawah sektor infrastruktur sebanyak RM14.00 juta adalah peruntukan di bawah P55 bagi Jabatan Kerja Raya (http://www.pmo.gov.my/webnotes ).

Pihak kerajaan telah menubuhkan Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah (KKLW). Penubuhan KKLW ini adalah dipertanggungjawabkan dalam menyediakan kemudahan-kemudahan infrastruktur terutamanya di kawasan luar bandar. Penyediaan kemudahan-kemudahan infrastruktur lebih tertumpu mengikut daerah-daerah yang masih ketinggalan seperti di Daerah Hulu Perak, Perak tengah, Kerian, Hilir Perak dan Pengkalan Hulu. Perkara paling penting dalam Pembangunan Masyarakat Luar Bandar adalah tertumpu kepada Pembinaan Jalan Luar Bandar, Program Jalan Kampung dan program-program bercorak ekonomi komersial. Tumpuan ini diharapkan dapat meningkatkan lagi taraf hidup dan kualiti penduduk serta dapat mengurangkan kadar kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat. (http://www.prk.icu.gov.my/BM_PPNPRK/Profil/sejarah.html)

Antara projek pembangunan luar bandar ialah pembinaan jalan luar bandar. Program ini merupakan satu program penting bagi memajukan sesuatu kawasan ataupun wilayah dalam sesebuah daerah di samping meningkatkan kadar ketersampaian dari satu kawasan ke satu kawasan yang lain. Hal ini dapat meningkatkan pembangunan ekonomi dan taraf hidup penduduk luar bandar. Selain itu juga, bekalan air bersih di kawasan luar bandar turut diperbaiki dan diselenggara untuk menjamin keselesaan penduduk. Program ini merupakan program sambungan bagi menyediakan kemudahan air di kawasan luar bandar terhadap penduduk yang masih belum menikmati kemudahan ini di samping menggantikan sistem paip yang sudah uzur. Bekalan air secara alternatif juga turut disediakan bagi kawasan-kawasan yang sukar dan berjauhan daripada paip utama.

Selain itu juga, Program Jalan Kampung turut dititik beratkan agar pembangunan dapat diagihkan secara adil dan saksama. Jalan-jalan di kawasan perkampungan masih lagi ada tidak terlihat dimana berlakunya pembangunan. Oleh itu, pihak kerajaan akan menaikkan lagi taraf jalan kampung, seperti pemasangan lampu jalan, membaikpulih jalan yang telah rosak dan lain-lain. Program ini melibatkan pembaikpulih dan penyelenggaraan jalan kampung. Sebelum ini, Program Jalan Kampung hanya tertumpu kepada naik taraf jalan tetapi keputusan baru yang diterima bahawa penyelenggaraan jalan kampung juga akan diselaraskan oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar (http://www.prk.icu.gov.my/BM_PPNPRK/Profil/terasperkhidmatan.html).

Manakala bagi projek pembangunan Bekalan Elektrik Luar Bandar turut menjadi salah satu usaha untuk memajukan luar bandar. Program ini tetap diteruskan demi kesejahteraan rakyat di kawasan pendalaman termasuk masyarakat orang asli. Program ini tidak melibatkan peruntukan Kerajaan Persekutuan tetapi ianya menggunakan peruntukan daripada Tabung Amanah (Penjana Bebas Semenanjung Malaysia). Dalam arus pemodenan kini juga kita perlu menitikberatkan kesejahteraan rakyat, apa ertinya pembangunan sekiranya kebajikan rakyat dipertikaikan. Oleh itu, kerajaan telah menubuhkan program kesejahteraan rakyat iaitu salah satunya ialah program PPRT yang mempunyai sub-projek yang pelbagai. Walaubagaimanapun, diharapkan program ini dapat mengurangkan kadar kemiskinan dengan lebih berkesan melalui kaedah perancangan yang lebih teratur dan terkini.

Selain itu, program penyusunan semula rakyat turut diberikan perhatian. Program ini merupakan satu Program Penyusunan Semula Masyarakat Luar Bandar yang sebelum ini kedudukan berselerak, terdedah kepada bencana banjir, tiada tapak rumah dan ketiadaan kemudahan prasarana yang cukup. Melalui program ini dengan kaedah pembangunan Insitu, diharap dapat mewujudkan sistem perkampungan yang lebih sistematik dan berdaya maju. Antara lain program yang dijalankan ialah Program Pembangunan Minda. Program ini lebih menjurus ke arah pembangunan kemanusiaan kepada golongan-golongan miskin samada ketua isi rumah, ibu dan anak-anak mereka. Program ini memberi tumpuan melalui kursus dan latihan dengan harapan sifat berdikari dapat diwujudkan dan terkeluar dari belenggu kemiskinan. Program peningkatan ekonomi juga diberi tumpuan, dimana program ini dirancang supaya skala penglibatan golongan miskin dapat melibatkan diri dalam kegiatan ekonomi secara besar-besaran. Ianya meliputi kegiatan pertanian dan ternakan. Diharap melalui program ini, pendapatan golongan ini lebih terjamin dan meningkat berbanding program ekonomi yang dijalankan secara kecil-kecilan. Walaubagaimanapun, suatu mekanisma pengurusan program ini harus dikaji dan diberi perhatian secara serius. (http://www.prk.icu.gov.my/BM_PPNPRK/Profil/fungsi.html)

8.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, pembangunan luar Bandar akan dipergiatkan bagi meningkatkan pendapatan dan kualiti hidup penduduk luar bandar. Bagi menigkatkan pendapatan dan kualiti hidup ini, masyarakat luar bandar perlulah membangun dari segenap bidang yang diceburu. Contohnya dalam bidang pendidikan, mereka perlulah setanding dengan masyarakat bandar supaya jurang ketidaksamaan dapat dikurangkan. Transformasi dalam pembangunan luar bandar diperlukan untuk menjadikan kawasan luar bandar yang menarik, maju dan menguntungkan melalui penduduk yang dinamis dan kreatif. Nilai ini amat bertepatan dengan pembangunan dalam sektor pelancongan di kawasan luar bandar. Pembangunan sektor pelancongan di luar bandar ini akan memberikan banyak faedah kepada masyarakan itu sendiri. Masyarakat luar bandar juga haruslah memiliki kualiti yang kompetitif setanding dengan masyarakat luar bandar terutama dari segi penguasaan ilmu pengetahuan, peranvangan strategik, kebolehan penyelesaian masalah dan keyakinan untuk berjaya.

Pembangunan luar bandar ini diharapkan dapat menjadi pemangkin kepada pencapaian pembangunan fizikal yang menyeluruh, menuju ke arah negara maju tahun 2020. bagi mencapai hasrat besar ini penduduk desa mesti berubah sikap dari mentaliti subsidi kepada individu yang mempunyai daya saing dan daya maju tanpa menunggu bantuan dari kerajaan.

Secara umumya, pembangunan luar bandar amat penting agar masyarakat luar bandar tidak terpinggir dan ketinggalan berbanding masyarakat bandar. Hal ini penting untuk menjamin masa depan generasi masa hadapan penduduk luar bandar. Oleh itu, semua pihak sama ada pihak kerajaan ataupun penduduk luar bandar itu sendiri perlu sentiasa melakukan perubahan yang positif agar masyarakat luar bandar tidak lagi dianggap golongan yang pasif. Selain itu, kerjasama diantara semua pihak turut penting agar pembangunan dapat dijalankan tanpa sebarang masalah dan pembangunan yang dilakukan adalah secara berterusan.