Wednesday, September 17, 2008

Definisi Gender

DEFINISI GENDER

Gender adalah perbezaan di antara wanita dan lelaki dalam isi rumah yang sama dan di dalam antara budaya yang mana secara sosilnya dan budayanya di bentuk melallui perubahan masa. Perbezaan ini akan memberi impak kepada peranan, tanggungjawab, jankauan dan kesampaian terhadap sumber, kekayaan peluang, keperluan, persepsi dan lain-lain yang di pegang oleh wanita dan lelaki. Jadi, gender bukannya sesuatu yang sinonim dengan wanita tetapi merupakan pertimbangan bagi kedua-dua jantina lelaki dan wanita serta saling berhubung kait di antara kebergantungannya.

Menurut Engenderhealth 2004, konsep gender masih belum di fahami dengan mendalam dan belum ada definisi yang khusus yang masih diperdebatkan termasuklah oleh agensi United Nation (UN) seperti dalam Fourth World Confernce On Womwn di Beijing. Gender sering dikelirukan dengan jantina, walau bagaimanapun jantina umumnya dirujuk kepada biologi dan automistruktur tubuh. Tiga cirri biasa yang menggambarkan jantina seseorang iaitu organ luaran jantina, organ dalaman jantina dan pembangunan wanita sekunder pada peringkat akil baligh. Gender pula merujuk kepada peranan dan jangkaan yang sering dikenal pasti sebagai factor yang menganggu hak kesamaan dan status wanita dengan kesan yang bertentangan yang mengesankan hidup, keluarga, status social ekonomi dan kesihatan. Untuk sebab ini, gender seperti mana jantina adalah elemen penting dalam perancangan keluarga dan pembiakan perkhidmatan kesihatan.

Menurut Comonwealth Of Leraning, pula mengatakan jantina dirujuk sebagai perbezaan biological di antara lelaki dan perempuan. Gender adalah istilah pelbagai perbezaan yang digunakan untuk merujuk kepada cirri-ciri binaan secar social yang mentakrifkan dan mengaitkan kepada car hidup dan tingkah laku lelaki dan perempuan dalam konteks yang lebih khusus. Gender juga dirujuk kepada lakaran symbol budaya, konsep nomatif, struktur institusi dan imej-imej dalaman yang mana menerusi proses pembinaan social mentakrifkan peranan sifat kelakian dan kwanitaan serta meluahkan peranan tersebut melalui kuasa dalam perhubungan. Kepeluan membezakan di antara jantina dan gender adalah untuk menekankan bahawa setiap sesuatu yang dilakukan oleh lelaki dan wanita, setiap sesuatu yang dijangkakan oleh mereka. Dengan jangkaan oleh fungsi perbezaan kejantinaan mereka yang booleh berubah dan telah berubah melalui masa dan berdasarkan perubahan dan perbezan social dan factor budaya.

Menurut Gender Management System, gender adalah satu set ciri atau criteria, peranan dan corak tingkah laku yang membezakan wanita daripada lelaki yang bukan .dbina secara biologinya tetapi secara social dan budaya. Jantina individu boleh ditentukan secara biologi sebaliknya cirri-ciri gender terbina secara secara social yang merupakan satu keluaran asuhan, keterbiasaan, norma social budaya dan jangkaan. Cirri-ciri tersebut berubah melalui masa dan dari satu budaya ke satu budaya. Gender juga dirujuk kepada lakaran symbol budaya, konsep normative ( subjektif), struktur institusi dan iej diri dalaman yang melalui proses pembinaan social, takrifan peranan kelakiaan dan kewanitaan dan meluahkan peranan tersebut dalam kuasa perhubungan.

KONSEP KEUSAHAWANAN

Definisi memainkan peranan penting kerana banyak terma berkaitan dengan keusahawanan seperti usahawan, perniagaan dan perniagaan kecil seringkali diguna pakai. Banyak perdebatan berlaku apabila bercakap tentang definisi keusahawanan. Masalah yang berlaku adalah tiada satu definisi yang standard dan universal tentang keusahawanan. Pelbagai definisi telah dimasukkan terhadap usahawan yang boleh ditakrifkan sebagai pengasas, iaitu pemilik firma tersebut dan boleh dibezakan dengan bukan usahawan melalui pemilikan atau ciri-ciri gelagat yang dipamerkan. Maka, tidak mustahil terdapat pelbagai definisi mengenai usahawan dan keusahawanan di dalam ulasan karya.

Perkataan usahawan dalam Bahasa Inggeris “entrepreneur” berasal daripada Bahasa Perancis “entreprendre” yang bermaksud memikul tugas atau mencuba. Dari awal penggunaan perkataan tersebut oleh Richard Cantillon iaitu kira-kira dalam tahun 1775, sudah jelas dalam kegiatan perniagaan. Usahawan adalah individu yang mengusahakan sesuatu perusahaan. Umumnya usahawan bolehlah ditakrifkan sebagai orang yang mengusahakan perniagaan sehingga berjaya dengan bermotifkan keuntungan di samping mengamalkan amalan-amalan yang strategiKuntuk berjaya.




WANITA DAN PEMBANGUNAN

Pada akhir tahun 1990-an peluang pekerjaan baru terutamanya di kilang-kilang yang berasaskan pasaran antarabangsa. Perpindahan barangan pengeluaran dari Negara membangun ke negara maju iaitu sektor perindustrian. Pengeluaran barangan sektor ini yang mendapat permintaan daripada pengguna di negara maju. Wanita dalam pekerjaan terutamanya dari dalam sector perindustrian mula berkembang dengan wujudnya kilang-kilang yang telah dibina oleh pemodal dari luar Negara ke Negara dunia ketiga. Pemilikan kilang dari pemodal asing terbahagi kepada dua, pertama ialah kapitalis dan yang kedua pula pemilikan bersama di antara kapitalis dengan pemodal di Negara dunia ketiga. Bagi rekabentuk perniagaan, proses pengeluaran iaitu jumlah pekerja dan rekabentuk barangan dikeluarkan ditentukan oleh pengguna di Negara maju.

Di Malaysia khususnya telah wujud beberapa dasar iaitu Dasar Wanita Negara (DWN) dan Pelan Tindakan Kemajuan Wanita. Dalam Rancangan Malaysia ke-7 dan ke-8 telah menggalakkan penyertaan wanita dalam pekerjaan. Akta Pekerjaan 1955 telah dipinda pada tahun 1998 bagi menyediakan waktu kerja anjal iaitu kaedah yang dibayar kepada pekerja buruh separuh masa mengikut kadar yang sama seperti sepenuh masa. Selain itu, membenarkan wanita terutamanya suri rumah mendapat faedah daripada pekerjaan secara separuh masa. Dan terakhir memberi kelonggaran kepada mereka untuk memenuhi tanggungjawab terhadap keluarga.

Dalam pembangunan, kemahiran dan keusahawanan, program latihan dalam bidang perniagaan, pengurusan organisasi dan kewangan, pusat tenaga pengajar dan kemahiran lanjutan sebahagiannya adalah kaum wanita. Bagi Tabung Usahawan Wanita pada tahun 1998 Institusi Pengurusan Wanita (WIM) telah menawarkan kursus latihan dan kemahiran terutamanya dalam bidang kemahiran keusahawanan. Institusi kemajuan wanita, persekutuan persatuan usahawanita dan pertumbuhan bumiputera merupakan penggiat kepada pembangunan wanita.

Oleh itu, pelbagai langkah perlu dibuat untuk meningkatkan penyertaan mereka terutamanya dalam pasaran buruh. Antaranya ialah dengan menggalakkan sector swasta dalam memperkenalkan kemudahan sokongan yang diperlukan seperti pusat penjagaan kanak-kanak, kemudahan pengangkutan dan perumahan untuk pekerja wanita. Selain itu, pindaan terhadap Akta Pekerjaan 1955 juga merupakan motivasi untuk kaum wanita masuk dalam pasaran buruh. Di samping itu juga peluang pendidikan dan latihan perlu diperbanyakkan untuk meningkatkan mobility dalam pekerjaan yang berpendapatan tinggi serta meningkatkan penyertaan wanita dalam bidang pengajian bukan tradisional (sains, kejuruteraan, vokasional dan teknik) melalui program kaunseling kerjaya.






LATAR BELAKANG PERSATUAN USAHAWAN WANITA MALAYSIA

Persatuan Usahawan Wanita Bumiputera (USAHANITA) telah ditubuhkan pada tahun 1981 dan dianggotai oleh Usahawan Wanita Bumiputera yang aktif dalam pelbagai bidang perniagaan. Setakat ini 3,000 orang ahli berdaftar di seluruh negeri di Semenanjung Malaysia di dalam bidang Kontraktor, Pembuatan, Pengimport, Franchise, Informasi Teknologi, Perkhidmatan, Perunding, Pemborong, Jualan Langsung, Pembekal serta Produk Makanan dan Kraft dari Negeri Johor, Pahang, Kedah, Perak, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka serta 40 Daerah di bawah cawangan negeri masing-masing...
USAHANITA telah menganjurkan seminar perniagaan, sesi perbincangan serta misi perniagaan di dalam dan di luar negara. Disamping mengejar peluang-peluang perniagaan, USAHANITA turut menganjurkan pelbagai acara kebajikan dan sosial. Diperingkat antarabangsa, Usahanita juga berinteraksi dengan Persatuan IWAPI dari Indonesia, FICCI dari India. Lawatan sambil berniaga ke Negeri China, INdonesia, Thailand, Vietnam, Brunei, Saudi Arabia dan banyak lagi.
Di bawah payung Federal of Women Enterprenuer Association Malaysia (F.E.M) yang ditubuhkan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan, Usahanita juga bergabung dengan persatuan-persatuan usahawan malaysia yang lain seperti Peniagawati, NAWEM, DUID, WAWASANITA dan DPMM. Melalui F.E.M kementerian mengawasi kemajuan ahli-ahli di dalam persatuannya disamping menyalurkan matlamat dan peluang-peluang yang ada. Usahanita juga diberi kepercayaan oleh Pihak KPDN & HEP, Kementerian Usahawan & Koperasi, Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Matrade, SMIDEC, MARA, Institusi-institusi dan lain-lain untuk bersama-sama menjayakan dan meningkatkan eknomi negara

PERBANDINGAN PERKEMBANGAN BIDANG KEUSAHAWANAN ANTARA BUDAYA POLITIK BARAT DENGAN DI MALAYSIA

Pertama, golongan yang memperjuangkan isu dan hak wanita atau disebut sebagai feminis tidak semestinya terdir daripada wanita itu sahaja. Feminis ialah mereka yang mahukan keadilan diberikan kepada wanita dengan cara yang sewajarnya. Feminis terdiri daripada wanita mahupun lelaki. Malah tidak ramai wanita itu feminis meskipun mereka mempunyai kedudukan dan status sosial yang tinggi dalam masyarakat.

Kedua, fahaman feminisme tidak boleh semata-mata dikaitkan dengan pengaruh barat. Hal ini kerana perihal keadilan dan pembelaan ke atas wanita dan kanak-kanak sudah lama diperjuangkan dalam falsafah feminisme Islam oleh Nabi Muhammad s.a.w. Oleh itu, selain mempunyai beberapa ciri terpuji, Nabi Muhammad s.a.w juga adalah seorang feminis Islam pada zamannya yang mana pada ketika itu falsafah berkenaan dianggap asing bagi masyarakat Arab jahiliah. Kedua-dua persoalan pokok di atas penting untuk dibincangkan bagi menelusuri isu wanita di Malaysia.Namun begitu, dalam keadaan yang terbatas ini, penulisan ini memfokus kepada persoalan pokok kedua yang berkaitan feminisme barat dan feminisme

Pengaruh feminisme barat dapat dikesan antara lainnya dengan merujuk kepada perbincangan dan pemikiran tokoh wanita di Amerika Syarikat pada penghujung tahun 1840-an seperti Elizabeth Cady Stanton, Susan B Anthony, Lucy Stone dan Sojourner Truth. Feminisme Islam wujud semenjak zaman Nabi Muhammad s.a.w lagi iaitu pada abad ketujuh Masihi. Namun begitu menurut pendapat sesetengah pengkaji seperti Fatimah Mernissi, cicit Nabi Muhammad s.a.w yakni Sukaynah binti Hussain, bolehlah dianggap sebagai feminis wanita terawal yang lantang memperjuangkan hak wanita. Sukaynah terkenal kerana ketegasannya dalam pelbagai isu khususnya isu yang berkaitan tudung dan poligami.

Seterusnya golongan feminis Islam berpandangan ketidakadilan dan ketidaksetaraan hak yang diberi kepada lelaki dan wanita yang menyebabkan kemunduran dan keterciciran mereka berpunca daripada salah faham dan salah tafsir terhadap ajaran itu yang dipengaruhi faham patriarki. Bagi mereka, revolusi sosial yang dilakukan Nabi Muhammad s.a.w sebagai feminis Islam terunggul tidak dihayati secara menyeluruh. Malah amalan jahiliah pra-Islam khususnya penindasan terhadap wanita terus berlaku selepas kewafatan baginda. Paling menyedihkan penindasan dan ketidakadilan itu pada pandangan mereka terus berlaku hingga ke hari ini.

Oleh itu, golongan feminis Islam menuntut kajian yang lebih mendalam dilakukan bagi membongkar apa yang mereka sebut sebagai ketidakadilan sosial itu. Antara beberapa tokoh feminis Islam yang terkenal pada ketika ini termasuklah Amina Eadud Muhsin, Fatima Mernissi, Asghar Ali Engineer, Riffat Hassan dan ramai lagi. Fatimah Mernissi misalnya, dalam buku The Veil and Male Elite: A Feminist Interpretation of Women's Right in Islam (1991), banyak mengkritik hadis misogimi (membenci wanita) termasuk yang terdapat dalam kategori hadis lemah.
Sebaliknya feminisme pengaruh barat mengandaikan segala bentuk keciciran, kelemahan dan kemunduran wanita yang ada pada hari ini bukan disebabkan faktor biologinya. Bagi mereka, semuanya itu berpunca daripada faktor sosialisasi yang bentuk dan coraknya ditentukan golongan lelaki. Kesannya, wanita tidak diberikan pendidikan sebagaimana yang diberikan kepada lelaki. Justeru, tiada peluang pendidikan yang sama menyebabkan wanita tercicir dalam pelbagai bidang. Ertinya, pada mereka sekiranya peluang pendidikan diberi secara sama rata, wanita akan berkebolehan mencapai kejayaan sebagaimana yang dicapai lelaki. Hujah ini seolah-olah dibuktikan benar sepertimana yang dapat kita saksikan pada hari ini.

Jika ditinjau, ada beberapa faktor yang mendorong wanita khususnya di Barat memperjuangkan hak kelompok mereka. Faktor itu jugalah yang antara lain mendorong wanita di beberapa negara membangun giat memperjuangkan hak mereka, termasuk Malaysia. Bagi mereka, sesuai dengan perkembangan antarabangsa mengenai hak asasi manusia, maka terdapat pelbagai 'covenant' dan undang-undang yang perlu dilaksanakan bagi mencegah daripada berlakunya diskriminasi, bukan saja dari segi kaum, status, mahupun agama, bahkan dari segi gender juga. Selain daripada “Declaration of Human Right”, terdapat beberapa 'covenant' lain seperti Covenant on Economic, Social and Cultural Right, Covenant on Civic and Political Rights dan Covenant on the Elimination of All Forms of Discrimination Against Women, juga dijadikan faktor pendorong utama kepada asas undang-undang memperjuangkan hak yang sama.

Seterusnya, mereka berpandangan gerakan feminisme wajar dilakukan sesuai dengan perkembangan idea demokrasi itu sendiri. Dalam falsafah demokrasi, sesuatu dasar itu dianggap sah jika ia melambangkan citarasa dan kehendak rakyatnya. Bagi golongan ini, dasar yang diadun dan diformulasi oleh majoriti kaum lelaki tidak melambangkan citarasa dan kehendak kaum wanita. Oleh itu, menurut mereka dasar yang ada adalah tidak sah lantas tidak demokrasi. Untuk memastikan wujudnya demokrasi dan sah, wanita harus diberikan hak yang sama dalam proses membuat keputusan. Selain persoalan ini, perihal kepentingan wanita yang berbeza daripada golongan lelaki juga menjadi faktor mengapa wanita menuntut persamaan hak. Wanita dikatakan lebih sensitif dan mengetahui kepentingan serta kehendak mereka berbanding lelaki.

Justeru, untuk memastikan kepentingan wanita terjaga dan terbela, wanita mesti diberi hak yang sama.Ramai wanita menganggap pandangan tradisional mengenai politik adalah tidak komprehensif. Banyak aspek penting seperti penjagaan kanak-kanak, masalah sosial, amalan perancangan dan kesihatan keluarga serta seumpamanya tidak mendapat perhatian atau fokus penting dalam pembuatan keputusan negara. Sebaliknya, bagi wanita perkara itu adalah fundamental. Ertinya, dengan menambahkan perwakilan wanita ke dalam badan pembuat keputusan, ia akan mengubah persepsi politik tradisional, di samping menjadikannya fokus dan agenda utama pembangunan.

Daripada perbincangan di atas, dapat disimpulkan bahawa banyak lagi perkara yang harus dibahaskan apabila membincangkan mengenai isu wanita. Pandangan yang stereotaip terhadap feminisme, khususnya feminisme Islam harus dihakis bagi membolehkan semua pihak hidup dalam suasana yang lebih adil dan saksama. Islam sebagai agama yang murni tidak menjadikan penganutnya pasif dan tunduk membuta tuli terhadap norma dan kehidupan yang merugikan. Islam juga tentunya tidak mahu menjadikan penganutnya agresif tanpa haluan sehingga membolehkan keadaan keterlaluan dalam menyampaikan sesuatu isu. Lelaki dan wanita adalah ibarat kasut kanan dan kasut kiri. Kedua-duanya mesti sama dari semua segi tetapi masing-masing tidak serupa.

Di Malaysia, kita dapati gerakan feminisme banyak diperjuangkan oleh aktivis tertentu khususnya melaluI pertubuhan bukan kerajaan (NGO) feminisme atau wanita. Umumnya, NGO wanita Islam mempunyai pendekatan yang berbeza dengan NGO wanita yang lain. Namun, hampir kebanyakan daripada NGO menyuarakan pandangannya melalui gabungan Majlis Kebangsaan Pertubuhan-pertubuhan Wanita (NCWO). Misalnya baru-baru ini beberapa NGO feminisme meluahkan pandangan mereka terhadap isu yang ada kaitan dengan wanita bekerja.
Usahawan wanita di Malaysia disaran agar meningkatkan diri secara optimum dalam bidang keusahawanan. Selaras dengan itu , kerajaan telah menyediakan peruntukan wang untuk kaum wanita menapak dalam bidang keusahawanan dan bukannya untuk kegunaan lain sebaliknya wang itu hendaklah digunakan untuk membiayai sebarang usaha perniagaan yang boleh dimanfaatkan demi kejayaan masa hadapan. Malah setiap usaha hendaklah dibuat secara teratur agar sasaran perniagaan berjaya sepenuhnya.
Menurut pandangan Pengerusi Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd. (Bank Rakyat) Dr. Norraesah Mohamad membuat teguran itu semasa menerima lawatan sambil belajar sembilan ahli jawatankuasa Persatuan Wanita Bumiputera Dalam Perniagaan dan Profesion (Peniagawati) cawangan Selangor yang diketuai Pengerusinya Sarah Ali Bashah ke Bank Rakyat baru-baru ini. Beliau menegur kaum wanita supaya lebih berdaya saing dalam menceburi bidang ini,
Dr. Norraesah berpendapat secara keseluruhannya wanita bukan sahaja bersemangat tinggi dalam menyertai bidang perniagaan bahkan tidak kurang juga mempunyai keupayaan untuk melaksanakan kegiatan perniagaan yang lebih mencabar sesuai dengan era globalisasi dan kepesatan pembangunan negara hari ini.
Beliau mahu usahawan wanita mengikis sikap suka berpesta-pestaan dan memfokus kepada usaha mencari lebih banyak kemahiran seperti teknologi maklumat dan membiasakan diri dengan pengendalian laman web bagi membina jaringan perniagaan setempat mahupun luar negara. Serta mempraktikkan teknologi dan ilmu yang baru untuk menjadi usahawan berjaya.Sekiranya mereka tidak memfokus kepada matlamat asal untuk mencari peluang-peluang perniagaan wanita akan terlupa niat asal berniaga, kerana terlalu tertumpu kepada membuat pelancaran itu dan ini. Kaum wanita juga perlu mempunyai inisiatif dalam mengusahakan perniagaan secara kecil-kecilan dahulu dan wang yang ada tidak dibazirkan begitu sahaja sebaliknya disimpan untuk memperbesarkan lagi perniagaan mereka di samping bantuan yang disalurkan kepada wanita.
Wanita di seluruh Malaysia terutamanyaa wanita bumiputera amnya dan wanita khususnya sudah ketinggalan jauh dalam bidang keusahawanan. Justeru itu, semua pihak perlu sama-sama berganding bahu dalam usaha melakukan sesuatu yang bernas dalam mewujudkan persaingan yang sihat dan seterusnya mampu bersaing secara global dan terbuka di negara kita. Usahawan wanita juga telah jauh ketinggalan di belakang dalam pasaran ekuiti khasnya. Pakar-pakar ekonomi negara sedang mengambil langkah-langkah strategik dan drastik untuk mempertingkatkan prestasi mereka di bidang ini.
Beliau memuji langkah Peniagawati Selangor untuk melawat Bank Rakyat dan menjalin persefahaman bagi kepentingan ahlinya pada masa hadapan. Antara bidang yang sudah diceburi usahawan wanita Selangor kini ialah wet cleaning, membekal komponen lampu isyarat untuk ambulans, kereta bomba dan sebagainya, membekal tiang lampu komposit diperbuat daripada fiberglass, menjual dan membekal alat-alat sukan, membuka firma guaman dan lain-lain bidang baru dan tidak lagi berkisar pada bidang kecantikan dan kosmetik.
Dr. Norraesah juga menyarankan agar usahawan wanita mempunyai hala tuju yang nyata dengan jenis perniagaan yang sudah dikenal pasti sebagai teras. Usahawan wanita hendaklah sedaya upaya menuju kepada sasaran dan mencapai tahap kemampuan dan kejayaan yang optimum daripada usaha yang dilaksanakan.Kumpulan usahawan wanita biarlah dapat dibanggakan dengan mempunyai ahli teras yang kuat bekerja dan bermutu dan mampu membentuk satu entiti yang berjaya berteraskan bidang keusahawanan dalam membangunkan kaum wanita khususnya.

No comments: